Sunday, June 26, 2011

Janganlah guna bomoh untuk dapatkan orang yang kita sayang kn? tak baik...




Haaa gambar dari google ni adalah petikan dari drama bersiri sijundai. Drama cite hantu yang akan di siarkan di TV3. Eermmm nk kata entri aku ada kene mengena dgn gmbr tu, maybe adalah jugak k0t. kalau tak buat apa aku letak picture scary mary ni kn?? haha . macam ayat ngah bengang je kn??? tapi aku memang bengang pn. aku tak suka lah pengamal-pengamal benda cmni. lagi-lagi zaman moden ni. korang mesti fikir benda ni mesti libatkn orang-orang dewasa atau yg berusia?? pernah tak korang terpikir yg umor muda 20-an ni pn ada yg memandai-mandai bomoh bomoh ni?? mesti tak kn? haa... kalau tak ada, tak akan lah drama sijundai ni, pelakon dia muda-muda.. student kolej lagi tuh..

Zaman sekarang apa-apa je pun org sanggup buat. tak kira lah peringkat umor cmne, kalau dah memang niat tak baik, cmtulah.. mula-mula aku pn tak fikir, org-org muda tak kan lah tahu nk guna benda-benda cmni kn? smpailah ada drama ni. memanglah drama ni tak ada kene-mengena dgn sape, tp myb kebetulan dari kisah yg berlaku dalam norma masyarakat kita skang. skang ni org patut berfikiran maju. transformasi . inovasi la kn? ermmmmm kalau yg masih amalkn benda-benda cmtuh, tak takut dosa ke ?? huhuhu dosa menyekutukan ALLAH.. nauzubillah !! .

Aku bukan nk aibkn sesiapa. tapi just bagi pandangan aku je.. ermm.. nk kata aku terkena? tah.. aku pn tak pasti... kalau effect dia teruk, mybe aku ambil tindakan sendiri.. ish ! mintak di jauhkn dari benda cm tuh kn?? tak patutlah kita gunakan bomoh atau cara halus untuk dapatkn seseorang yg kita sayang. kan ke jodoh ada 3 jenis. Jodoh dari ALLAH cinta pandang pertama n kawin. Jodoh dari syaitan ialah apabila kenal dan berkahwin kerana terlanjur dan mengandung. jodoh ketiga adalah dari jin. iaitu berkahwin kerana ilmu sihir yang dikenakan kepada seseorang seperti minyak pengasih? huhuhu kesiannnnnnn.. aku nk jodoh dari ALLAH .. hurmm.

Kenapa dalam dunia moden ni masih ada perkara-perkara mcm ni? huhuhuhu aku bengang jgk la. sbb aku tak nk benda ni berlaku kt diri aku. slot dari sijundai tu sedikit sebanyak adalah memberi kesan kepada aku jgk. Ex gf lelaki aku kawan ni, pengamal sihir. yang aku bengkak sgt, kenapa dia tak nk buat kt si lelaki? kenapa perempuan jg harus terima padah?? Hish tak paham aku.. msej-mesej ugutan dia mmg aku still simpan la kn? maki hamun dia mmg makanan aku tiap hari. masalahnya dia da berpisah dgn lelaki tu 2 tahun lepas. masa tu bayang aku pn tak wujud dalam life laki tuh.

Senang je utk mengelak sihir ni. InsyaALLAH dgn tak tinggal solat, semuanya ALLAH pelihara. tapi takut jgk kn? iblis dan syaitan ni tak akan berhenti mengacau kita smpai ke hari terakhir mereka.. itu janji dia dgn ALLAH. hurmmmmmmm tapi aku still takut la kn? apa-apa pun aku harap tak ada yang kacau lg. aku mls nk campur life dorang lagi. aku dah tinggalkn semua...

2 comments:

  1. nice entry :)

    sy mintak simpang lah terlibat dengan perkara2 syirik nie. amin :)

    ReplyDelete
  2. ermmmmm sy pn sm.. biar la dia guna cara kasar. boleh repot polis.. tp cara halus ni sakit ooooo .. huhuhu tp ALLAH tetap ada :)

    ReplyDelete