Wednesday, August 3, 2011

Betul ke makanan di Bazar Ramadan mahal-mahal sekarang ???




Hurmmm sekarang ni mana-mana aku berdiri , duduk and lalu semua orang membincangkan tentang makanan di bazar ramadan yang makin mahal sekarang? fuh ! smpaikan topik perbincangan pg tadi dgn kakak opis pun tentang bazar ramadan. Haish ! kenapa jadi cmni? mungkin di sebabkan harga minyak, gula and tepung naik ke??

Tapi pada pendapat aku lah, mungkin la makanannya da mahal sedikit berbanding dulu. Mahal tu rasanya tak berapa kisah, tapi mungkin orang ramai berpendapat yang kalau da mahal supposed rasa makanan tersebut juga haruslah SEDAP .. hurmmm aku bukan nk komen lebih-lebih cuma mostly pembeli merungut kata makanan tak sedap, nasi keras, ari tawar, soya pun basi, kuih onde-onde yang hijau de gula melaka dalam tu pun kelapa luarnya basi? mcm mana pembeli tak merungut. pada aku makanan mahal ni masih boleh di terima asalkan penjual menjual dengan ikhlas. tak nk la pikir nk kaut keuntungan je..

kalau aku tahu makanan semalam pun di jual untuk hari ni memang aku hangin la. tp setakat ni tak tahu lagi la.. ALLAH je maha mengetahui. s0 hari ni da masuk 4 hari berpuasa, aku pikir2 nk makan young taufu la.. ini semua gara-gara FAIZ FARISH yang letak gmbr makanan tu kt entri dia? hurmmm malas nk membazir da kali ni. beli dua perkara okey la. air pun aku tak pernah beli lagi. better balik rumah bancuh ribena ais . fuh ! meletup..



Abaikan gambr di tepi. hehehe saja je letak picture di kedai makan bersama unit penerbitan aku kt jabatan ;) tekala mana satu aku..

Buku bulan ini : Alexander bukan Zulkarnain ??




Jalan-jalan ke SACC MALL shah alam ahad lepas, masuk MPH aku tertarik dengan buku yang bertajuk " benarkah Iskandar bukanlah Zulkarnain" itulah diceritakan oleh penulis dengan berpandukan sejarah-sejarah dan kajian terdahulu. Yelah, kita pun nk juga tahu siapa zulkarnain sebenarnya? siapa Alexander kerana selepas buku tersebut di terbitkan, buku " Alexander adalah Zulkarnain pula menyusul. huhu kedua buku tersebut katanya mempunyai pendapat yang berbeza.

Tapi aku baru je nk baca n mendalami apa yang penulis "Iskandar bukan Zulkarnain" sampaikan. s0 sekarang ni baru je masuk muka surat ke 40 kot. permulaan buku ni, cerita serba ringkas sejarah-sejarah nabi terdahulu. maybe untuk lebih detail. tak de lah orang kata terus cerita hentam keromo sb tak semua tahu siapa zulkarnain yang sebenarnya..

s0 secara ringkas dan amnya dari apa yang aku tahu, zulkarnain adalah Raja Zulkarnain yang juga merupakan pahlawan di medan perang yang hebat kerana berjaya menakluk banyak negeri. Dia juga yang membina tembok dari menghalang Yakjuj Makjuj memusnahkan alam kita ni. s0 yang aku tahu, selagi ada azan di dunia ni, selagi tu lah yakjuk makjuj tak dapat keluar dari tembok binaan zulkarnain walaupun hari-hari depa dok korek..

allahualam...

Tuesday, August 2, 2011

Wanita Haram Memakai Minyak Wangi ???




Haaa perfume ni la yang favourite aku.. sebelum ni aku memang jarang pakai perfume pun. Entah ! kadang-kadang kalau keluar aku lebih suka sapu lotion je la. Kadang-kadang hidung aku ni sensitif. Bau minyak wangi pelik-pelik ni boleh buat aku pening and migrain. Bauan tu kalau tak kene gaya, serap kt kepala. itu yang boleh sakit kepala @ migrain... hadoi. rasa loya pn ada. jadi pemilihan minyak wangi ni amat sensitif bagi aku la. very selective !! ..

hehe lagipun, Rasulullah pun pernah bersabda : " Barang siapa seorang wanita yg memakai minyak wangi kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki sehingga mereka mencium bau harumnya, maka dia adalah wanita penzina dan tiap-tiap mata yang memandangnya itu adalah zina."

Hurmmm takut jugak la bila rasulullah sendiri dah bersabda macam tu kan?? s0 sebab tu aku jarang gk la pakai perfume kalau keluar memana. ah sama je la pakai tak pun asalkn tak berbau busuk. Realiti dan kenyataannya, minyak wangi itu haram di pakai oleh kaum wanita. Tapi biasalah orang perempuan ni, kan suka berbau wangi. Bauan yang boleh menggoda orang lelaki. S0 sebab itu agaknya wangian di anggap untuk menggoda lelaki dan boleh menyebabkan zina? Heheh, macam pakar agama plak aku bercakap. tapi tak apa, perkongsian agama tu kan bagus. dan, mencari ilmu islam tu kan lagi bagus.

Tapi, aku bukan lah tak pakai perfume langsung. pakai tu pakai, tapi aku pakai bila ada function penting. event ke, dinner, or aktiviti yg penting-penting la. yg kadang-kadang 2 bulan sekali . sebulan sekali. then, perfume yang gambr di atas tu la yang aku pakai sekarang ni. Lancome. yang ni tak habis lagi. adalah tinggal sikit. aku beli 6 bulan lepas derr... huu padahal botol 50 ml je. yang kecik la.

masa aku beli perfume ni baru keluar. ngah promosi tu dia spray-spray aku pun mcm tertarik. jadi aku beli lah. time tu promosi RM145.00 dapat la btol 50ml dan lotion dia sekali. so jimat banyak. perfume dia lagi la banyak. tak terusik pun sgt. bau dia memang kaw la. memang smooth and aku suka. s0 aku pakai perfume ni bila perlu je la.. kalau rasa tak perlu aku tak pkai pun. aku keluar hari minggu ke, pegi pejabat ke aku tak pernah pakai pun. huhuhu ..

Skang aku survey-survey kat mall, harga dia da Rm200 lebih. ermmmmm malas lah nk beli lagi. lagipun ada suku botol lagi. ckup la untuk raya bakal tiba ni yeee.. hehehehe aku godek-godek google,ada lagi hadis nabi tentang minyak wangi untuk wanita ni. kalau lelaki tu hukumnya memang sunat. tak apalah. bagi perempuan plak? godek-godek lagi, aku jumpa blog (http://jalanakhirat.wordpress.com/) dan info di situ mengatakan :

Ketika berada diluar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:

أيما إمرأة استعطرت فمرت بقوم ليجدوا ريحها فهي زانية

Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehinggu dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya.

Oh da faham kan maksudnya sekarang wahai kawan-kawan ?? hehehe s0 kalau nk pakai minyak wangi tu pakai berpada and sikit sudah la. buat apa nk sembur banyak-banyak smpai 1 kawasan tu kita lalu boleh bau. Ckuplah kita saja yang bau ok la tu kn? lagipun berjimat itu baik untuk kehidupan kita..


kalau nk sangat bau-bau sikit. tips aku senang je. basuh baju dgn softlan downy. aku pakai yang warna purple. Selalunya baju-baju dah di angkat dari jemuran tu aku iron n sembur dgn penyembur yang dah di campur softlan tu sikit. hasilnya baju mmg bau wangi la. smpai kain telekung aku, aku sembur softlan ni, bau dia still lekat even da 2 minggu aku tak basuk ;) so aku uplod pic yang aku amik dari google ni okey.. senang nak refer nanti..

WORDLESS WEDNESDAY #2



Sunday, July 31, 2011

Tahun ni aku berpuasa di Kuala Lumpur pulek... ;)



hohoho... entri ni sengaja aku buat supaya dapat membuang sesawang-sesawang yang da makin tebal. haish ! da 2 hari ni tak buka .. memang berkepok la sawang. Weekend ni aku tak sempat nk mengadap lappy.. masa yang ada aku gunakan untuk berehat, tidor, jalan-jalan and release tensi0n bersama si dia.. hehehehe..

s0 kali ni aku nk bercerita pasal puasa. kalau orang lain semua buat entri pasal PUASA, s0 aku pun tak kan lah tak buat kan? firstly masih sempat untuk mengucapkan selamat menyambut ramadan al mubarak kepada semua umat islam... hehe perbanyakkan lah pahala tu ye kawan-kawan :)

Tahun ni, aku berpuasa di Kolumpo a.k.a Selangor lah. ermmmm Al maklumlah, tahun ni kan aku baru berpindah duduk di sini. Sebelum ni aku bekerja di kuala terenggau. setahun keje, ibu pejabat da panggil aku keje di HQ.. s0 persekitaran baru, pengalaman baru. dapatlah aku berbpuasa di tempat lain pulak kn?? dapatlah merasa mcm mana menyambut puasa di sini plak.

Tahun lepas (2010) aku berpuasa di Kuala Terengganu. Ermmm boleh tahan lah . Sebelum tahun lepas (2009) aku berpuasa di Kuantan. my hometown. 2008, aku berpuasa di DUngun, terengganu. masa tu tengah blaja lagi kn di UITM Dungun, Terengganu. 2004 - 2008 aku sambut puasa di Kuching Sarawak you.. jangan jeles :) hehehe time tu aku buat diploma kt uitm Sarawak ler.. 3 tahun kt sana memang pengalaman paling menyeronokkan .. mostly sama je semua tempat. cuma makanan je la yang berbeza.

apa-apa pun marilah kita perbanyakkan amalan yang baik.Jangan ponteng puasa, jangan ponteng solat 5 waktu, jangan mengumpat, jangan dan jangan lakukan perkara yang boleh kurangkn pahala kita ;)

Friday, July 29, 2011

Barbie DoLL ke macam ni???




huhuhuhuhu ada rupa barbie doll ke?? hadeh... ni masa aku performance tarian malam produktiviti untuk opis aku.. biasalah, batch baru cm kami ni kene la involve bila terima arahan. kiranya KAMI YANG MENURUT PERINTAH la.. hehe tu kan tagline govement. s0 bis sudah tanggungjawab ni. tapi puas hati sbb dapat buat orang happy. tapi ada plak yang cakap kitorang cm barbie doll lah, kanak-kanak riang??? budak sekola?? huhuhu adoi, aku dah 25 tahun .. hehehe

Thursday, July 28, 2011

Inilah arnab anggora & teddy bear kesayangan saya ;)



hehe ini la arnab-arnab kesayangan aku. haaa sebenarnya ada dua ekor. oren n hitam ... tapi dua bulan lepas beli tu, aku letak depan umh, pagar lupa tutup... s0 anjing da masuk. bayangkn anjing tu boleh buka and gegar sangkar arnab aku tu?? habis lintang pukang.. ermmmm then, seekor je mati. kaler hitam.. seminggu lepas tu aku beli yang baru. eh silap ! Si dia beli yang baru.. arnab teddy bear colour kelabu tu.. semua arnab-arnab ni hadiah dari dia. aku tak beli pun arnab ni. tukang jaga je .. hehehe tp jadi milik aku la sebab orang hadiahkn pada aku...





huhuhu ada byk picture dorang lagi. tp malas plak nk tunggu upload ni loading lama sangat.. hehe apa-apa pun aku sayang arnab aku... kalau stress-stress, balik tgk arnab trus hilang rasa nk marah ;)