Sunday, July 31, 2011
Tahun ni aku berpuasa di Kuala Lumpur pulek... ;)
hohoho... entri ni sengaja aku buat supaya dapat membuang sesawang-sesawang yang da makin tebal. haish ! da 2 hari ni tak buka .. memang berkepok la sawang. Weekend ni aku tak sempat nk mengadap lappy.. masa yang ada aku gunakan untuk berehat, tidor, jalan-jalan and release tensi0n bersama si dia.. hehehehe..
s0 kali ni aku nk bercerita pasal puasa. kalau orang lain semua buat entri pasal PUASA, s0 aku pun tak kan lah tak buat kan? firstly masih sempat untuk mengucapkan selamat menyambut ramadan al mubarak kepada semua umat islam... hehe perbanyakkan lah pahala tu ye kawan-kawan :)
Tahun ni, aku berpuasa di Kolumpo a.k.a Selangor lah. ermmmm Al maklumlah, tahun ni kan aku baru berpindah duduk di sini. Sebelum ni aku bekerja di kuala terenggau. setahun keje, ibu pejabat da panggil aku keje di HQ.. s0 persekitaran baru, pengalaman baru. dapatlah aku berbpuasa di tempat lain pulak kn?? dapatlah merasa mcm mana menyambut puasa di sini plak.
Tahun lepas (2010) aku berpuasa di Kuala Terengganu. Ermmm boleh tahan lah . Sebelum tahun lepas (2009) aku berpuasa di Kuantan. my hometown. 2008, aku berpuasa di DUngun, terengganu. masa tu tengah blaja lagi kn di UITM Dungun, Terengganu. 2004 - 2008 aku sambut puasa di Kuching Sarawak you.. jangan jeles :) hehehe time tu aku buat diploma kt uitm Sarawak ler.. 3 tahun kt sana memang pengalaman paling menyeronokkan .. mostly sama je semua tempat. cuma makanan je la yang berbeza.
apa-apa pun marilah kita perbanyakkan amalan yang baik.Jangan ponteng puasa, jangan ponteng solat 5 waktu, jangan mengumpat, jangan dan jangan lakukan perkara yang boleh kurangkn pahala kita ;)
Friday, July 29, 2011
Barbie DoLL ke macam ni???
huhuhuhuhu ada rupa barbie doll ke?? hadeh... ni masa aku performance tarian malam produktiviti untuk opis aku.. biasalah, batch baru cm kami ni kene la involve bila terima arahan. kiranya KAMI YANG MENURUT PERINTAH la.. hehe tu kan tagline govement. s0 bis sudah tanggungjawab ni. tapi puas hati sbb dapat buat orang happy. tapi ada plak yang cakap kitorang cm barbie doll lah, kanak-kanak riang??? budak sekola?? huhuhu adoi, aku dah 25 tahun .. hehehe
Thursday, July 28, 2011
Inilah arnab anggora & teddy bear kesayangan saya ;)
hehe ini la arnab-arnab kesayangan aku. haaa sebenarnya ada dua ekor. oren n hitam ... tapi dua bulan lepas beli tu, aku letak depan umh, pagar lupa tutup... s0 anjing da masuk. bayangkn anjing tu boleh buka and gegar sangkar arnab aku tu?? habis lintang pukang.. ermmmm then, seekor je mati. kaler hitam.. seminggu lepas tu aku beli yang baru. eh silap ! Si dia beli yang baru.. arnab teddy bear colour kelabu tu.. semua arnab-arnab ni hadiah dari dia. aku tak beli pun arnab ni. tukang jaga je .. hehehe tp jadi milik aku la sebab orang hadiahkn pada aku...
huhuhu ada byk picture dorang lagi. tp malas plak nk tunggu upload ni loading lama sangat.. hehe apa-apa pun aku sayang arnab aku... kalau stress-stress, balik tgk arnab trus hilang rasa nk marah ;)
Wednesday, July 27, 2011
such a childish !! ~ ENTRI LEPAS GERAM ~
Pagi tadi aku baru je post kt facebook aku "
"Pengecut btol. kalau ada sape yg tak puas hati dgn saya, please face to face. tak perlu nk post in fb bagai, nk canang bagi 1 opis tahu then, thanks becoze remove my faceb0ok? not profesional types la.. macam budak-budak.. its not zaman sekolah dear."
Haaaa enta apa-apa je lah minah ni. berkawan tu biarlah kekal. musuh buat apa nk cari?? what the duck btol lah ! dia ni memang buat aku angin je lah! geram gila rasa nk pelempang pun ada. Aku da la tensi0n dgn keje-keje pejabat, masalah pers0nal, keje yang banyak, lepas tu ada plak sorang makluk ALLAH yang pernah bergelar kawan baik ni cari pasal? sape tak hangin kn???????? kalau ikutkan da lama aku basuh dia ni, tapi malas lah nk ambik port. biarkan je lah. orang macam tu memang tak akan maju and selalu bawa masalah je pada aku. s0 let go je la.
Sape tak hangin benda kecik di perbesarkan. dah tu plak sesuka hati nk menyebok dalam personal aku. aku cerita and share kat dia, yang dia nk emosi sangat kenapa??? kau dengki??? hahaha apa la. bersyukur je la kau tu tak de terlibat masalah macam aku. ini kau macam anggap aku hina kn?? memang la selama ni aku diam. tak de lah maknanya aku nk biarkan je apa dia buat kn??? mentang-mentang aku diam, wah sedap dia mencanang kat orang masalah kitorang??? smpai satu opis dah hampir tahu. tak malu ke wei bergaduh sebab mende kecik?? ek eleh kau pun bukan PERFECT sangat cik akak oi. umo je matang setahun, tapi pemikiran????
Ok mest korang tak paham apa yang aku bebelkan ... hehe anyway aku bengang dengan sorang kawan aku . dlu masa mula-mula masuk opis ni mmang we all close sangat-sangat. pergi mana pun dgn dia la.. smpaikn orang cakp kitorang kembar.. WHAT THE DUCK la !! then, tiba-tiba dia cakap aku menipu. pasal nombor telefon je kot. Hello, kau nk sorok no hp kau buat apa???? ho kau pandai kan, kau tak nak orang call cari kau, tapi orang cari aku la ! call kat tempat aku pe ke jadah???? memang nk kene basuh budak ni jugak. pasal no hp tu pun. aku da explain, Kakak angkt aku yg dlu klik aku ms kt pantai timur tu call mintak no hp dia yang celcom. btw, aku cuma ada yg maxis. s0 then, kak wani memang da tahu pun no hp ko yang maxis. yang nk mengamuk kenapa???
lagi 1. dia bengang sbb kalau aku kasi no hp dia yang satu lagi, meaning that orang akan call hp dia if dia MALAS jawab call??? apa punya perangai la... pergi balik cermin diri la ok??? Then dia suka nk menyebok hal personal aku. memang la aku slalu mengadu and cerita kat dia. alah dia pun sm . senang cite we all share la sm-sm apa yang berlaku ke, apa mslh ke. s0 then, dia sbok tak nak kasi aku kawan dgn orang nape. itu pers0nal aku. sekadar dengar ckup la.. ini nk msuk cmpur mmg aku tak suka. aku tak pernah nk halang dia kawan dgn lelaki yang kikis duit dia.. ish kalau life da PERFECT sgt tu aku tak kisahlah nk nasihat bagai kan??? ish ! bengang btol..
tapi korang jangan slh fhm. anyway ms 1st day dia marah aku pasal no hp tu, dia pk aku jahat la konon tu. aku da minta maaf. aku sent mesej cakap if aku salah, aku minta maaf .ikhlas babe !!!!!!!! memang aku btol minta maaf. tapi kenapa dia perlu buat taik dgn aku?? macam bebudak. tiba-tiba aku terbaca 5 hari lepas aku minta maaf, dia post kt facebook pasal kitorang gado?? memang la tak direct, but aku tahu siapa... lebih kurang ayat dia "da lama tak bergaduh dgn orang. sedap jgk bergaduh. dapat kawan penipu" ????? idiot btol..
aku sabar lagi. time tu aku baca . tapi aku diam.. kalau tak puas hati SILA JUMPA FACE TO FACE. aku tak suka dia bercakap belakang. pengecut??? nk aku naik tingkat atas and jmpa ke??? aku no hal. itu memang cara aku.. Then bila aku diam?? tiba-tiba aku tgk dia da remove aku dari facebook dia. Ok ! skang aku tahu la dia tak nak kawan aku lagi. s0 blah je. aku tak kisah. bukan aku duduk dgn duit dia. tapi kalau ikutkan aku lagi banyak trasa hati. tapi aku boleh let go and lupakan.
kalau dia terbca entri geram aku tahap gaban ni. ha dgr sini kenapa aku bnyk tak puas hati dgn kau :
1 . selama ni kau buat hal, aku diamkn je. orang cakap blakang ko, aku diam. aku siap nasihat. tp kau boleh ckp orang tu menyebok. padahal masa tu aku bengang orang dok perli aku skali kn? aku kene tempias.
2. tiap kali orang call kau tak dapat, orang cari aku.. naik penat aku nk jawab ko tak ada.. ha kau sedap-sedap tak nk jawab call siap xnk kasi no hp?? pe jadah? kau hambur kt aku plak tugas nk menjawab ko tak ada???
3. sebab kau tk jawb call, bos ko pk ko melpak dgn aku?? eh aku byk keje lg nk buat ha.. ko pn tak de dtg cni.. aku mengadu kt bos aku tw.
4. aku bengang ko slu sbok nk masuk campur peribadi aku. dengar ckup la wei.. sb aku pn tak pernah memandai nk nasihat ko bagai.
5. aku bengang bila ko canang kat housemate ko psl aku kn?? smpai satu opis da tahu.. hahaha good job !!
6. aku ngah byk bersabar dgn ko.
ok la da penat. nk smbung buat keje. lega sikit hati yang ngah panas ni.
Monday, July 25, 2011
Bz week ... and Steward wanna be 2 . . .
Akhirnya aku ada jgk beberapa minit masa untuk update blog aku ni... sekarang ni memang aku busy tahap keretapi. Masa aku memang full gilerrr !!! huhuhu tapi tak apa, sebab aku suka isi masa lapang or masa terluang dengan buat sesuatu yang berfaedah. s0 aku tak mengeluh even aku bz and langsung tak ada ms nk update blog. Apa yang lebih penting tu kita utamakan laaa.
Tak ada mood nk update entri pn satu hal sebab sepanjang minggu lepas, kulit muka aku ni tiba-tiba je naik ruam n berbintik-bintik???????? huish ! memang aku pn ngeri and takut tgk kulit aku .. Ish, kenapa lah boleh tiba-tiba teruk smpai tahap aku stress, tertekan, keje pn byk, dengan latihan tarian... ish ! memang buat aku tak ada mood langsung sepanjang minggu lepas. Aku pegi keje pn tak pakai make up, sbb nk biarkan ruam tu reda. s0 bila jmpa doktor, dia bagi ubat tahan gatal, and krim untuk sapu kt ruam-ruam tu.
Ha lebih kurang cmni la ruam-ruam penuh kat muka aku. sape tak risau dari kulit aku tak ada jerawat satu pun naik ruam kn??? memang gelabah gk la smpai nk menangis pn ada. huhuhu tp maybe ni sume ujian ALLAH. ermmm faktor penyebab kulit aku jadi cmni??? byk sebab tp aku tak pasti la sbb apa.. bole jadi :
1. Faktor cuaca yang jerebu semakin merbahayakan kesihatan.
2. Faktor salah mkn ke. maybe ada mknan tu alergik and aku tak boleh mkn. sbb
sehari sebelum tu aku ada mkn seafood.
3. Alat make up yg dah tamat tarikh luput?? bole jadi, then aku da tuka sume.
4. habuk atau miang ke.
dan lain-lain..
s0 memang hampir 8 hari la aku terpaksa bersabar minta cepat baik. dah la esok aku de dinner opis.. hurmmmm... kalau tak, mest la tak happy pergi majlis dengan muka bermasalah kn??? hari ni aku happy sebab hari ni last aku pegi latihan tarian.. pagi-pagi pegi keje, lepas keje tu plak de latihan tarian kadang smpai pkul 8 mlm. sebab tu la balik dari keje je, aku terus mandi, makan and baring sambil tengok tv. lagi syok ! ..
Haaa part interview steward pun 1 hal. sabtu lepas, macam biasa aku pergi teman dia interview untuk jawatan steward MAS kt MAS Academy kelana jaya. nasib baik dekat dgn rumah aku tuh. then, masa aku smpai tu, suasana dia lagi dasyat dari fire fly tu !! masa temankn dia yg fire fly candidate cuma 215 org... tapiiiiiii yang MAS ni, over than 700 yang pegi interview?? mak aih ! ramai jgk yang nk jadi steward ni???????
huhuhu tapi interview untuk cabin crew MAS ni agak susah dari fire fly and air asia. Fire fly dia lepas semua stage and tinggal untuk di panggil sahaja.. then, pagi-pagi buta tu, pkul 9 pagi we all da gerak pegi sana.. smpai dalam jam 10 sbb nk iron bj dia la, nk kepilkn sijil la, nk prepare apa patut laa.. then, smpai je lebih kurang dekat jam 10 orang da ramai. s0 ms register tu, dia dapat no 477 ???? huhuhu that time orang yang lepas interview baru yang ke 200?? sabo je laaaaaaaaaaaaa !...
aku pikir interview nye sekjap la sbb da datang awl pg. rupanya sistem interview dia ada 3 stage. meaning lepas stage 1 baru boleh ke stage 2 and seterusnya.. ms tiba part dia tu, dah pkul 1 ptg. stage pertama , dia ckp .. msuk sekali 5 orang and 5 sekali akan di temuduga. then lepas habis sesi tu, barulah akan pilih sape yang akan ke stage seterusnya... s0 stage tu dia lepas bila penemuduga pilih 2 dari 5 orang.
haha aku pulak yg cuak kt luar. stage 2 plak grooming. dia cek pakaian, cara catwalk, cara duduk, kuku, parut, tinggi, berat, and semualah. ish kira nk yang perfect la ni.... adoi - adoi.. cm tu sekali kn?? hurmmm s0 dia mesej aku dia lepas stage 2. mcm tadi jgk ada yang tak lepas jgk stage 2 tu balik la.. dia lepas stage 2 and naik stage 3.
stage 3 just berborak and kasi pendapat if penemuduga bg case atau situasi. heheheh then, lepas tu barulah dia akan panggil balik yang berjaya.. susah jgk kn??? tp aku rasa yg terpilih smpai stage 3 tu pun ada la kot 100 orang je dari 700 ????? huhuhuhu tak apalah, kalau ada rezeki, adalah. tak kemana pun. cuma berdoa banyak-banyak...
so waiting jawapan from fire fly and MAS. mana-mana pun sm je. apa yang terbaik buat solat istikarah.
Sunday, July 17, 2011
Aku buat semuanya demi ayah ...
Lately aku selalu je touching. semua perkara akan buat aku touching, marah and cpat melenting. aku rasa tak sedap hati and... entahlah. aku sendiri tak tahu kenapa. Tapi macam rasa nk SINGLE lagi better. aku tak suka perasaan mcm ni. bukan tak sayang.. tapi aku rasa diri masih tak perfect utk jadi seorang kekasih kepada seseorang. aku dah pun luahkn apa aku rasa pada dia, tapi dia buat endah tak endah. .
hurmmmm mmg aku sengaja biarkan dia apply jawatan pramugara tu. korang sume igt aku nk ke dia jadi pramugara? igt aku sanggup ke? SUMPAH aku tak sanggup biarkan dia jadi pramugara. sape yang kasi? tapi, bagi aku... biarlah dia ada kehidupan baru. biarlah dia cari perempuan lain . biarlah dia tinggalkn aku. aku dah tak nk kehidupan sekarang.. aku tak happy, tapi aku sayangkn dia sepenuh hati aku... cuma aku tak brsedia untuk bercinta lagi. ataupun? aku tak nk ada komitmen lagi? ermmm ataupun ayah aku tak suka kn dia? entah.. kata ayah, dia mcm playb0y. ayah ckp dia handsome sgt and risau dia main-mainkn aku??? entah... aku da minta break beberapa kali pun. aku ikut cakap ayah, tapi smpai sekarang aku masih tak dapat nk selesaikn masalah ni. aku tak nak derhaka kepada ayah. aku rela korbankan perasaan aku ni. hari-hari aku menangis n pikir cmne nk settle kn mslh ni..
Lately aku banyak sakitkan hati dia. aku cepat melenting. memang aku sengaja buat perangai utk dia benci aku. tapi dia sabar.. cuma sejak akhir-akhir ni dia demam. memang mood dia tak elok. tiap hari aku menangis sebabkan terasa hati dgn sikap dia.. tapi aku sedih, sedih sbb aku memang nk dia benci dan marah-marah aku. aku buat semuanya kerana ayah. demi sayang aku kepada ayah. tak mungkin aku pilih lelaki yang aku baru kenal setahun. keluarga tetap keutamaan aku.
aku de terbaca balik mesej dia jumaat lepas. dia cakap dia nk dgn aku smpai bila-bila.. tapi aku tak balas pun. entah lah. aku dah takut nk kasi harapan. aku tahu ayah tak terima dia.. maafkan saya awk... saya pun tak tahu smpai bila hubungan ni akan bertahan?? tapi yang aku pasti, kita mmang tak leh bersama.. huhu akhirnya terluah juga kt blog ni. padahal aku sendiri tak tahu cmne nk cerita.. :(
walaupun sedih tapi kene tetap senyum..
Saturday, July 16, 2011
review (FLAT 13A) serammmmm !
Ni lagi 1 movie yang aku tengok khamis lepas. pendek kata mmg setiap khamis keje aku menengok wayang je laaa keje nye. yang jadi mangsa dia lah. cian dia terpaksa berhabis wang and masa semata nk jaga hati aku. eh ! mestilah kene jaga kn? hehe..
s0 aku paksa dia tgk cite ni wlwpun aku tahu dia tu takut. takut bukan apa sbb dia duduk sorang. seram gk la kn? rumah aku ramai org, s0 tak adalah terasa sangat nk takut-takut tu. takat nk pegi bilik ari kol 3 pagi tak de hal lagi lah.. hehe.. ermmm s0 cite flat 3A ni bagi aku? oke la dari cerita hantu yang lain. watak dia pun oke. jalan cite pn ok and tak la berterabur sangat. actually aku kasi cite ni 7/10 la oke? oke la tuh. kira banyak laa..
permulaan cerita? alaa semua permulaan cerita mestilah happy kn? macam happy. gelak ketawa. pelakon utama dia mestilah intan ladiana n tah sape nama pelakon laki baru tuh. aku tak hengat tp dia belakon dalam cite syurga cinta yang jadi bekas kekasih cikgu syuhada. hehe.. ermmm kiranya dorang pasangan kekasih la. bukan kekasih je dah macam laki bini. s0 si intan ni mengandung.. bila dia bgtahu bf dia, bf dia tiba mengamuk n mtk gugur? wtf punya laki la kan??? ko da sedap buat, lepas tu mtk gugur mcm la nk gugurkan apa kn ? pk tak sakit ke hoi!!
then sbb da kene pukul sume. si intan terpaksa la gugurkan. dia telan pil je. masa tu la kuar sume isi dia. ish ! paling tak leh blah da de bentuk baby kot. yela da 4 bulan kn? cmne la??? then lepas kes tu la macam-macam benda pelik jadi. dia dgr cm ada budak nangis la apa la.. ermm tu la hukum karma terpaksa di tanggung. s0 si intan ni ada kawan baik. perempuan. dia tinggal berdua dgn kawan dia. s0 utk elak dari benda buruk berlaku, intan n kawan dia pindah keluar dari rumah tu. kawan baik dia yang dah carikan rumah.
s0 dorang pindah ke rumah yang di namakan flat 3A tu laaa.. ermm igtkn sume benda da ok. rupanya dari stulah brlaku mcm2 benda tak elok lagi. kisah ni sebenarnya kisah hantu budak bernama fatin. budak ni la yang menghantui flat tersebut. mak budak tu hari-hari tunggu ank dia balik padahal ank dia da mati. s0 jangan lah lengahkn masa. tengok la kenapa budak tu mati. semua kisah ni ada kene mengena dengan bf intan ladiana dalam cite ni.
kesimpulannya :
bagi aku movie ni nk bagi mesej jangan la buat benda tak senonoh . elakkan la gejala sosial and bila da mengandung tu barulah nk gugur kn. s0 actually ramai perempuan yang menggugurkan kandugan mereka ni mostly jiwe dia tak aman pn sbb knonnya roh ank dia yg da mati tu sentiasa kacau. allahualam. aku pun tak tahu. so cite seram kali ni berbaloi gk la aku tengok dari sebelum-sebelum ni.
Pramugara 1
fuuh !! penatnyeeee... ini lah pengalaman pertama aku temankn org pergi interview for cabin crew. hehehee.. actually kitorang nk gerak pukul 6.30 pg ke MElaka. tup tup aku sedar je jam da pukul 7.00 pagi? aiyak !! pe lagi cepat-cepatlah aku mandi . hehe.. then pkul 8.15 pagi td ktorang drive ke HOLIDAY INN MELAKA. sampai je kt sn dalam pukul 9.40 pagi.
Masa smpai tuh, ramai nyeee org da smpai. Aku macam culture shock ! korang tahu kenapa? mak ai, candidate yang nk pegi interview tu sume cantik-cantik and handsome-handsome tw. yang perempuan memang meletup la. tapi aku tak kan nk pegi interview skali. tinggi xckup ++ xla cantik sgt kn? ++ lagi tu bukan impian aku. hehe..lagipun sume pakai skirt.
lepas dia daftar and hantar resume bagai, s0 nombor giliran kami adalah 125 !!! omg ! masa tu nombor giliran adalah 47? huhuhu jam pukul 10.30 pagi? haish bila agknya bole habis ??? hehehe... ermm tak pe la.. sabar kn separuh dari iman? s0 tak salah pun tunggu. masa tunggu tu s0 we all berkenalan dgn candidate lain. kebetulan sebelah tu dia datang berdua + sorang kawan dia yang teman. borak-borak biasa, rupanya kawan dia yang pakai biasa tu temankn je. dia bekas steward. s0 dia kasi la tips-tips camne nk lulus temuduga.
jumlah candidate hari tu sumenya 215 orang. kira ok la tuh. tak bape ramai banding 700 ke, 500 ke kan?? ermmm tunggu punya tunggu. last-last orang tu kata nombor 125 keatas sila lunch dlu. datang balik jam 2.00 petang. alamak ! terpaksa bertapak lagi. time tu dah pkul 12.00 tengahari.. huhuhu.. lepas makan tu, cepat-cepat balik ke hotel. tunggu balik. rupanya kawan baru kitorang tu nombor nye lebih kurang. yang perempuan nombor 121, lelaki 126.
s0 masa staff fire fly tu panggil nombor 121, 122,123,124, 125 aku plak yang berdebar sb nombor dia nombor 125. s0 dia masuk tu aku borak dgn bekas steward tu. tak smpai 15 minit, dorang keluar dari jauh aku dah nmpk dia senyum lebar. rupanya kawan baru ktorang yang perempuan 121 tu dapat. dia pun dapat. hehe.. then dorang pegi test IQ. lagi 2 weeks baru dorang panggil. kira ok la tu stage 1 berjaya. ramai yang xberjaya stage 1. mostly maybe cm 70 la kot yang berjaya dari 200 lebih tu..
then kawan baru ktorang yang laki 126 tu pun dapat jgk. mestilah happy kn sbb tiga-tiga dapat. tapi ada plak candidate lain yang jeles? mest dorang pelik and igt ktorang kenal da lama. padahal baru je kenal, tp dapat.huhu s0 aku hope dia berjaya la jadi pramugara sb tu cita-cita dia kn? aku cuma menyokong. buangkn rasa -ve pda mereka sbb tak semua yang sosial..
sebenarnya bukan senang nk lulus temuduga ni. susah ! kalau nk tahu apa yang diperlukan semasa temuduga tu, kene la rajin-rajin bertanya pada sesape yang ada mmber steward or stewardess tu lagi bagus. hehe dorang mest ada pengalaman kn?
kawan-kawan doakan sekali yeee..
esok walk in interview air asia cabin crew plak :)
chaiyok !!
Sunday, July 10, 2011
B0yfriend berkerjaya pramugara?
haa ni bkn kisah sal awan dania pun.sj aku letak gmbr ni yg aku credit dari goggle. ala nk ambik environment cm suasana org keje kt awan gitu.. oke la kan. Ala topik aku pun bukannye susah sgt smpai nk kene fikir macam-macam. nk kene perah otak bagai. s0 ltak je la pic ni. hehehehe... s0 tak tahu la aku kene ke tidak dengan tajuk entri tuh.
Pramugari @ pramugara? hurmmmm kalau korang terima ke bf atau gf korang ni nk jadi crew cabin? macam aku, dia ada jgk minta kebenaran nk jadi. s0 dalam minggu depan aku akan temankn lah die walk-in interview. biarlah dia nk jadi pe pun. Orang cakap golongan dorang ni kaki sosial. baik perempuan atau lelaki sm je? BETUL KE ???? hurmmm memang lah perkara tu merisaukn. tapi nk buat camne? kalau itu dah minat dia? aku sokong jelah. yang selebihnya bab jodoh or rezeki berserah je pada ALLAH.
Nk halang-halang minat orang ni pun aku sape? bagi aku dia ada full pakej nk jadi pramugara. ermmmmm dah nama pun bekas PLAYBOY.. silap haribulan, dah jadi pramugara, aku pun dah tak kenal? tapi ada aku kesah? lantak lah ! yang pasti SOLAT jangan tinggal . aku tak kisah lah apa yang dia janjikan. cuma aku harap dia taklah buat kesilapan yang sama seperti dahulu. kalau dia dah ada kehidupan yang baik pun dah ckup bagi aku..
So kalau korang, terima ke kalau pasangan korang menceburi bidang cmni? kita sedia maklumlah, pertama kalau dah keje cmni mmg dia akan sentiasa bz. kalau dah terpilih untuk crew ke luar negara, mahu 2 minggu tak jmpa? kalau dia ada ms pun tak delah byk sgt. hurmmmm kedua? sah-sahlah pramugari kat sana semua cun melecun. dia pandang ke lagi kt aku? hahahah aku sedar lah aku siapa. hurmmm silap-silap dia bertemu jodoh terus dengan orang-orang kt sn. ketiga? Selalunya pekerjaan mreka ni cm orang pandang agak sosial? terima ke parents aku if tahu dia pramugara? memang lah sesetengah pramugara n pramugari ni taklah seburuk di ura-urakan. kadang-kadang bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga?? huuhuhu ...
Tapi ada kelebihannya jgk. kalau dia dapat jadi crew yang bawa penumpang ke luar negara? bolehlah aku pau handbag ke, perfume ke? hehehe ole-ole dari sn? tak sabar ! hehe apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk dia.. Lagi satu plak orang selalu pikir pekerjaan cm ni cm glamour n popular. hahah kalau orang tanya. bf ko npe slu tak nampak? dia keje apa? huhuhu steward. susah nk keluar date. bz ..
so sabtu depan 16 Julai 2011 aku temankn dia interview jadi crew cabin utk firefly and 23 julai 2011 plak crew cabin utk MAS ;) doa-doakan lah semoga dia dapat. amin !
Saturday, July 9, 2011
Apa yang aku pelajari tentang kehidupan...
hurmmmmmm...entahlah. kenapa aku tiba-tiba berfikir banyak hari ni. plus-plus dengan membebel tiap kali ada berita tentang demonstrasi Pehimpunan BERSIH ni. Dari apa yang ada dalam kotak pemikiran kau ni, kita semua kan dah dewasa s0 berfikirlah secara matang sebelum bertindak. Dah sah-sahlah perhimpunan tu hanyalah mmbuang masa, duit dan tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Bukan aku nk bakee up sape-sape, tapi sebagai rakyat MALAYSIA kita perlulah prihatin. Jangan sampai ada pihak lain mempergunakan kita yang melayu ni. tolonglah... jgn dipergunakan..
demonstrasi tu terlerai pun di sebabkan Anwar dah berjaya hantar memorandum tu. ermm bila di pikirkan. apa salahnya hantar je cara elok. tak perlu buat perhimpunan. Banyak pihak susah sebab perkara ni. jalan sesak. smpaikan aku nk balik keje smlm pun sesak. jem ! hurmmm.... entahlah, apa ada dalam fikiran mereka. Lainlah kalau Malaysia ni papa kedana ke, huru-hara mcm kt sesetengah negara lain. Tapi aku tengok negara kita ni dah tenteram, aman, macam-macam kelebihan kita ada. nk Universiti pun ada. shopping mall ada, masjid? pun ada.. jalan raya? kn okey sume.. taraf hidup pun okey. jadi renungkanlah sekejap. jangan ikutkan nafsu sgt. dan lebih penting jangan dipergunakan.
Itu sajalah... bebelan aku. Kita patut lebih bersyukur. Negara kita aman sangat. Bnyak kelebihan dan tersedia. entahlah, apa lagi yang tak cukup agaknya. janganlah tamak sngat. Aku sebagai rakyat Malaysia cuma inginkan yang terbaik. jangan terlalu ikutkan sangant perasaan tuh.
Hurmmmm selain dari kes BERSIH tu, banyak lagi yang aku pelajari. Kita sebenarnya patut bersyukur atas kehidupan yang kita dah ada skang. cuba renungkan negara yang bernasib malang. Selain dari tuh, kehidupan ni memang mencabar pun. aku pun ada terfikir. macam mana kalau kita tak pernah bahagia dengan apa kita lalui sekarang? tapi tak sampai hati nk lepaskan??? hurmmm.. abaikan.
tapi apa aku pelajari dari kehidupan ni, solat jangan tinggal. cubalah luangkn ms mmbaca al-quran.. dekatkan diri dengan agama.. jangan menyakiti hati orang and hormati orang tak kira lah siapa dia.. hurmmm okelah bye !
Friday, July 8, 2011
Make up simple-simple sudah ke pejabat.
Haaa ramai yang kenapa aku make up kadang-kadang sekejap je. tak sampai 25 minit pun kalau ke kolej dlu. lagi-lagi skang dah bekerja, pun ramai kawan-kawan aku yang bertanya. DIorang cakap aku make up cepat. Ala senang je. Korang make up simple-simple sudah la. tapi maksud aku simple tu bukanlah just tempek bedak and gincu. dah siap ! no no no ... maksud aku, simple la. tak perlu over-over. tak payah tebal-tebal macam nk pergi opera cina ke, ataupun macam de function kan?
Kalau nk tahu cmne aku make up simple-simple ni, jomlah tengok. Ha tp sebelum letak bedak tu. aku pakai pelembab. ala saja tak nak kasi muka aku kering laaa. nanti kalau main letak je bedak, muka jadi bertompok kesan menggelupas or kering. jadi aku pakai pelembab ni.
ini toner yang aku pakai. ala orang pakai toner tuk hilangkn kesan kotor kat muka. s0 sapu je dgn kapas kt muka. Harga toner ni dalam RM18.90
then aku pakai pelembab ni la. cream nivea. dia melembapkan muka. s0 bila pakai ni licin je muka. s0 nk pakai bedak pn senang. bila bedak melekat dgn pelembab jadi la rata sikit. tak perlu basahkn sponge bedak pack. kalau pack sederhana besar ni aku beli ada la dalam RM 5.70 kot. da lupa.
Tapi sebelum pakai bedak compact. aku pakai bedak baby ni. tak aku suka pakai bedak tepung ni dulu. hehe.. rasa lembut. Aku beli pack kecik je baru RM2.90 boleh la pakai sebulan.
Lepas tu baru lah aku pakai bedak ni. aku beli kt cosway je. harga tak smpai RM20.00. alah tapi aku suka bedak ni sbb dia mcm tanah liat. bila da pakai, 6 jam pn tak perlu touch up lg. hehe.. try la.. harga dia kalau mmber cosway RM19.90. kalau tak, RM29.90. tp still murah kn?
s0 bila da pakai bedak compact tu jadi la cmni. Memang muka akan pucat gila kalau tak pakai apa-apa.. huuhuhu kalau org da biasa make up cmnila. ermmm tapi ada kawan aku tu tak pernah pakai make up. syok jadi cm dia. tak perlu rimas-rimas dgn make up.
Lepas pakai bedak tu, kebiasaanya aku akan ketip bulu mata ni. biar la lentik sikit. tak perlu pakai bulu mata bagai. kalau pakai bulu mata. cmne nk ambik wuduk? ish, tak sesuaila. s0 korang beli je la alat ni. tak de la mahal. kalau pegi kedai yg de jual getah rambut and accesories perempuan selalu dijual dengan harga tak smpai pun RM6.00. senang je bila da ketip sikit tu dia memang akan melentik. Cara dia pun tak susah. just ketip je la. jangan sampai kene kelopak mata.
Lpas tu aku akan pakai eyeliner. Aku pakai jenama maybelline je. tak silap aku harga dia RM14.90. pakai kaler hitam . s0 aku akan pakai kat atas kelopak mata and bawah mata tu. hehehe
Lepas pakai eye liner aku pakai maskara. ala yang silky girl je sbb senang nak tanggal bila ambik wuduk. lagipun jenama ni murah. baru RM13.90. pakai tak lama masuk zohor dah buang kn? jadi baik aku beli yang murah je. tapi elok. sangat elok bagi aku.
so jadi lah macam ni rupa mata aku. simple je. Aku tak suka pakai eye shadow. cukup la eye liner je .. masa aku ambik nk pakai dari step 1 tadi smpai yg ni just 10 minit je. ermmm kira oke la tuh. simple je.. aku tak suka tebal-tebal.
Ini pemerah pipi. Aku pakai yang maybelline. skang aku cari jenis ni dah tak da la. hurmm best sangat pakai dia n menjimatkan. aku beli dengan harga RM36.90 bole pakai setahun tw. hurmmm org maybelline cakap stok ni da tak keluar sbb tak byk sambutan. tp aku suka. org tak beli maybe sbb dia debu kot. jenis kene pandai bajet sendiri byk mana nk.
Ha s0 lepas da pakai pemerah pipi tu jadi la merah sikit. ala jangan pakai tebal-tebal. nipis je.. okey ?
S0 yang terakhir sekali aku akan pakai lipstik. favourite lipstik aku dari maybelline. code nombor lipstik ni 415. Warna dia more to pink.. ramai kawan-kawan aku dah pakai yang ni lepas tgk aku pakai. tapi kalau nk cantik lagi pakai la lips bum. hehe.
macam ni lah jadinya lepas dah make up. s0 siap la dalam masa 20 minit. tak adalah lama pun.
So tengok la perbezaan sebelum dan selepas. huhuhu . ermm last sekali baru aku pakai tudung utk ke pejabat. oke bye !
Review (Tolong ! Awek aku Pontianak)
hehehehe Ha kali ni aku nk review pasal cerita TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK !! huhuhu tgk dari poster and promosi diorang memang lah tak segah movie kongsi, karak, or Harry porter, tapi bagi aku cerita ni paling kelakar and antara movie best la aku tgk utk tahun 2011 ni. ermmmmm setakat ni cerita melayu yang aku suka adalah KL GENSTER and Movie ni la.. tak rugi kalau korang tengok just for release tension.. moh le tgk ramai-ramai. anyway cerita ni tak seram pun. dia cume Seram komedi.. hehehhe lagipun pontianak comel sangat (sazzy Falak) . aku minat dia ..
s0, kenapa aku cakap movie ni best and tak rugi? 0wh bagi aku movie ni bukan types yang org boleh cakap "alah drama pn bole buat. apa la boleh jadi movie.' NO !! movie ni okey la.. movie types . not drama types. Kelakar pun ada cerita ni. s0 sape-sape yang tengah stress boleh menonton cerita ni tuk bergelak ketawa. cerita ni mmang langsung tak bosan. jalan cerita pun full dengan adegan yang nk ke tandas pun aku wait bila ms sesuai nk pegi ni? huhuhu
ermmmm permulaan cerita?
ala mula-mula cerita ni pun dah suspen bila si bOb yang bendul ni mimpi pontianak. apa-apa je.. part mula agak sedih bila dia kene tinggal dgn awek dia.. ermmm awek dia ni types yang control sume. kaki kikis. and lebih kurang queen control. Mentang la si BOB ni lurus je dia suka suki buli. dia cuma gunakan bob tuk duit je laaa.. si bob plak memang baik hati. tak pernah marah and senyum je . huhuhu baik kn? ada ke orang mcm tu lagi ?? heheheheheheheheh ..
Masa awek dia mtk putus tu memang kesian la.. ada ke patut mtk putus cara cm tuh? at least ckp la elok-elok. ermmm s0 lepas dari tuh bob mulakan hidup baru. dia pindah dok kawasan biasa je. tak nk lagi dok area bangsar yang konon di tempat yg high class. ermmmm dlu dia tinggal kt tmpt mhal sbb awek dia nk dia dok tmpt cmth.. hai macam-macam hal. s0 since dia pindah flat tu la dia kenal sorang perempuan nama MAYA. comel maya ni hehe lakonan sazzy falak.
maya ni da byk uji bob nk tahu bob baik tak. smpai dia dah jatuh hati kt bob. s0 dorang bercinta laaa. dalam ms tu la byk adegan lucu lagi.. ish korang ni.. tengok je la cerita ni kalau nk tahu lebih lanjut. tapi apa-apa pun tak rugi la..
aku kasi cerita ni sama je rating dgn KL GENSTER 9/10 .
Sunday, July 3, 2011
arnab angora aku kene serang dek anjing serigala... :(
sabtu lepas aku sedih sbb arnab kesayangan aku yg kaler hitam tu mati. tp tak tahu mati sebab apa.. pasai tak ada darah pn. aku tgk dia da lembik dek anjing bodo tuh. geram aku. al kisahnya ms aku off tv sbb nk solat zohor, aku dgr bunyi "cit..cit !! cit !!" eh cm pelik je la.. aku tak pernah dgr bunyi tuh. Rupanya arnab ni ada suara rupanya.. huhu baru aku sedar. ermm s0 aku cpt-cpt la benti dari baca niat. aku keluar tgk anjing besar cm srigala dok nk baham arnab aku lg sekor. aku pn pe lagi terus ketok pintu pagar . nasib anjing tu lari.. huhuhu tp aku sedih sbb sekor da mati. yg sekor lagi terus lari masuk rumah aku ni haaa.. n menyorok tepi dinding..
aku menagis sakan tgk arnab aku syg mati. da la yg tu bulu tebal n gemok. aku syg yg tuh. tp .... dah mati.. aku tak pasti apa anjing tu buat. sbb tak berdarah pun.. F**K btol anjing tuh ! geram nyeee... then sangkar arnab aku mmg da lunyai bersepah entah mana-mana dah. dah terbuka bumbung bagai. nasib baik je boleh baiki lg.. ermmm makanan da bersepah, tmpt air pn.. geram btol...
then adik aku pn ambik bangkai arnab tu tanam ke buang aku tak tahu sbb aku da sedih giler-giler.. hurmmmmm yang pasti aku tetap sayang si hitam tuh.. aku sedih sbb setengah jam sebelum tu aku da mandikan dia. lap dia. bg makan.. main dgn dia.. lepas tu aku masuk sbb nk solat. aku tak pasti sape tak tutup pagar umh.. ermmmmm sedih nyeeee... hish ! skg aku ngah wait arnab teddy bear dr abg kt uptown. da seminggu wait ni.. cpt-cptla ada. utk hilangkn kesedihan aku
Review (Sekali lagi)
Yeay ! akhirnya jumaat mlm lepas aku dah tgk cite ni.. hehehe tgk preview macam best kn? lagi-lagi ada c mia yang comel tuh.. huhuhhuhu lepas tu aku paksa en money ni tgk wayang jgk. wlwpun baru balik keje, mlm tuh tetap pegi jgk :) weeee hehehee... ermmmm s0 secara keseluruhannya cerita ni memang best. rileks, and asyik ketawa dgn gelagak suhaiezy sam dan mia.. tp kesian laaa ada jgk kisah cinta macam tuh. kadang-kadang kehidupan kita ni tak la sempurna. tak semua orang bernasib baik. tak semua orang gembira hari-hari kn?
s0 cerita ni permulaanya memang agak pening. lagi-lagi dgn flashback si sam ni yang macam jahat. ye la, boleh dia kawin dgn lisa ni then ms ayah si lisa meninggal dia tinggalkn lisa dengan talak 1 bersama perempuan lain? husih ! kalau aku pn angin and berdendam kn? gila tak dendam? dah la buat kau smpai mengandung !! huhuhuhu ..
selama 6 thn tu la si lisa ni besarkan ank dia sorang-sorang and tak pernah lupakan perbuatan si sam tuh. yelah ! sape tak sakit hati beb. then dalam ms yang sm, ada lelaki yang jaga Lisa. dorang dah nk kawin la gk. tup-tup konflik bila si sam ni tiba muncul balik dgn watak 3 suku. mula-mula aku pk pelanduk dua serupa kot. dia siap bole berkawan dgn mia . hari-hari dorang main sm..
then, smpaila lisa tsmpk sendiri dgn sam. memang pengsan la dia. iyelah, bekas suami yg dah tinggalkn and buat dajjal dgn dia de depan mata. tp dia tak tahu yang sam ni dah 3 suku. memang dia selalu maki and marah sam. Ala sam ni plak da memang 3 suku. manalah dia igt Lisa. rupanya, Sam tu mmg bekas suami lisa dulu. Paling babak sedih, bila flashback kenapa sam jadi 3 suku.
si sam ni de kanser tumor tak silap aku. s0 kene bedah sbb da kritikal. jadi dia ceraikan lisa sebab tak nk lisa sedih tgk keadaan dia lepas dia bedah, sbb akal dia tak akan sempurna lagi. lebih tepat jadi 3 suku tuh la. kesiannnnn kn????
ending cerita? haa korang kene la tgk kt cinema oke. :) hehe lastly si Lisa ni pilih siapa utk jadi suami dia.. hehe.. tp apa-apa pun cerita ni best. aku kasi 8.5/10 .. xleh lawan rating KL Gengster lagi .. huhuhuoooo..
bye !
Subscribe to:
Posts (Atom)