Wednesday, July 27, 2011
such a childish !! ~ ENTRI LEPAS GERAM ~
Pagi tadi aku baru je post kt facebook aku "
"Pengecut btol. kalau ada sape yg tak puas hati dgn saya, please face to face. tak perlu nk post in fb bagai, nk canang bagi 1 opis tahu then, thanks becoze remove my faceb0ok? not profesional types la.. macam budak-budak.. its not zaman sekolah dear."
Haaaa enta apa-apa je lah minah ni. berkawan tu biarlah kekal. musuh buat apa nk cari?? what the duck btol lah ! dia ni memang buat aku angin je lah! geram gila rasa nk pelempang pun ada. Aku da la tensi0n dgn keje-keje pejabat, masalah pers0nal, keje yang banyak, lepas tu ada plak sorang makluk ALLAH yang pernah bergelar kawan baik ni cari pasal? sape tak hangin kn???????? kalau ikutkan da lama aku basuh dia ni, tapi malas lah nk ambik port. biarkan je lah. orang macam tu memang tak akan maju and selalu bawa masalah je pada aku. s0 let go je la.
Sape tak hangin benda kecik di perbesarkan. dah tu plak sesuka hati nk menyebok dalam personal aku. aku cerita and share kat dia, yang dia nk emosi sangat kenapa??? kau dengki??? hahaha apa la. bersyukur je la kau tu tak de terlibat masalah macam aku. ini kau macam anggap aku hina kn?? memang la selama ni aku diam. tak de lah maknanya aku nk biarkan je apa dia buat kn??? mentang-mentang aku diam, wah sedap dia mencanang kat orang masalah kitorang??? smpai satu opis dah hampir tahu. tak malu ke wei bergaduh sebab mende kecik?? ek eleh kau pun bukan PERFECT sangat cik akak oi. umo je matang setahun, tapi pemikiran????
Ok mest korang tak paham apa yang aku bebelkan ... hehe anyway aku bengang dengan sorang kawan aku . dlu masa mula-mula masuk opis ni mmang we all close sangat-sangat. pergi mana pun dgn dia la.. smpaikn orang cakp kitorang kembar.. WHAT THE DUCK la !! then, tiba-tiba dia cakap aku menipu. pasal nombor telefon je kot. Hello, kau nk sorok no hp kau buat apa???? ho kau pandai kan, kau tak nak orang call cari kau, tapi orang cari aku la ! call kat tempat aku pe ke jadah???? memang nk kene basuh budak ni jugak. pasal no hp tu pun. aku da explain, Kakak angkt aku yg dlu klik aku ms kt pantai timur tu call mintak no hp dia yang celcom. btw, aku cuma ada yg maxis. s0 then, kak wani memang da tahu pun no hp ko yang maxis. yang nk mengamuk kenapa???
lagi 1. dia bengang sbb kalau aku kasi no hp dia yang satu lagi, meaning that orang akan call hp dia if dia MALAS jawab call??? apa punya perangai la... pergi balik cermin diri la ok??? Then dia suka nk menyebok hal personal aku. memang la aku slalu mengadu and cerita kat dia. alah dia pun sm . senang cite we all share la sm-sm apa yang berlaku ke, apa mslh ke. s0 then, dia sbok tak nak kasi aku kawan dgn orang nape. itu pers0nal aku. sekadar dengar ckup la.. ini nk msuk cmpur mmg aku tak suka. aku tak pernah nk halang dia kawan dgn lelaki yang kikis duit dia.. ish kalau life da PERFECT sgt tu aku tak kisahlah nk nasihat bagai kan??? ish ! bengang btol..
tapi korang jangan slh fhm. anyway ms 1st day dia marah aku pasal no hp tu, dia pk aku jahat la konon tu. aku da minta maaf. aku sent mesej cakap if aku salah, aku minta maaf .ikhlas babe !!!!!!!! memang aku btol minta maaf. tapi kenapa dia perlu buat taik dgn aku?? macam bebudak. tiba-tiba aku terbaca 5 hari lepas aku minta maaf, dia post kt facebook pasal kitorang gado?? memang la tak direct, but aku tahu siapa... lebih kurang ayat dia "da lama tak bergaduh dgn orang. sedap jgk bergaduh. dapat kawan penipu" ????? idiot btol..
aku sabar lagi. time tu aku baca . tapi aku diam.. kalau tak puas hati SILA JUMPA FACE TO FACE. aku tak suka dia bercakap belakang. pengecut??? nk aku naik tingkat atas and jmpa ke??? aku no hal. itu memang cara aku.. Then bila aku diam?? tiba-tiba aku tgk dia da remove aku dari facebook dia. Ok ! skang aku tahu la dia tak nak kawan aku lagi. s0 blah je. aku tak kisah. bukan aku duduk dgn duit dia. tapi kalau ikutkan aku lagi banyak trasa hati. tapi aku boleh let go and lupakan.
kalau dia terbca entri geram aku tahap gaban ni. ha dgr sini kenapa aku bnyk tak puas hati dgn kau :
1 . selama ni kau buat hal, aku diamkn je. orang cakap blakang ko, aku diam. aku siap nasihat. tp kau boleh ckp orang tu menyebok. padahal masa tu aku bengang orang dok perli aku skali kn? aku kene tempias.
2. tiap kali orang call kau tak dapat, orang cari aku.. naik penat aku nk jawab ko tak ada.. ha kau sedap-sedap tak nk jawab call siap xnk kasi no hp?? pe jadah? kau hambur kt aku plak tugas nk menjawab ko tak ada???
3. sebab kau tk jawb call, bos ko pk ko melpak dgn aku?? eh aku byk keje lg nk buat ha.. ko pn tak de dtg cni.. aku mengadu kt bos aku tw.
4. aku bengang ko slu sbok nk masuk campur peribadi aku. dengar ckup la wei.. sb aku pn tak pernah memandai nk nasihat ko bagai.
5. aku bengang bila ko canang kat housemate ko psl aku kn?? smpai satu opis da tahu.. hahaha good job !!
6. aku ngah byk bersabar dgn ko.
ok la da penat. nk smbung buat keje. lega sikit hati yang ngah panas ni.
Monday, July 25, 2011
Bz week ... and Steward wanna be 2 . . .
Akhirnya aku ada jgk beberapa minit masa untuk update blog aku ni... sekarang ni memang aku busy tahap keretapi. Masa aku memang full gilerrr !!! huhuhu tapi tak apa, sebab aku suka isi masa lapang or masa terluang dengan buat sesuatu yang berfaedah. s0 aku tak mengeluh even aku bz and langsung tak ada ms nk update blog. Apa yang lebih penting tu kita utamakan laaa.
Tak ada mood nk update entri pn satu hal sebab sepanjang minggu lepas, kulit muka aku ni tiba-tiba je naik ruam n berbintik-bintik???????? huish ! memang aku pn ngeri and takut tgk kulit aku .. Ish, kenapa lah boleh tiba-tiba teruk smpai tahap aku stress, tertekan, keje pn byk, dengan latihan tarian... ish ! memang buat aku tak ada mood langsung sepanjang minggu lepas. Aku pegi keje pn tak pakai make up, sbb nk biarkan ruam tu reda. s0 bila jmpa doktor, dia bagi ubat tahan gatal, and krim untuk sapu kt ruam-ruam tu.
Ha lebih kurang cmni la ruam-ruam penuh kat muka aku. sape tak risau dari kulit aku tak ada jerawat satu pun naik ruam kn??? memang gelabah gk la smpai nk menangis pn ada. huhuhu tp maybe ni sume ujian ALLAH. ermmm faktor penyebab kulit aku jadi cmni??? byk sebab tp aku tak pasti la sbb apa.. bole jadi :
1. Faktor cuaca yang jerebu semakin merbahayakan kesihatan.
2. Faktor salah mkn ke. maybe ada mknan tu alergik and aku tak boleh mkn. sbb
sehari sebelum tu aku ada mkn seafood.
3. Alat make up yg dah tamat tarikh luput?? bole jadi, then aku da tuka sume.
4. habuk atau miang ke.
dan lain-lain..
s0 memang hampir 8 hari la aku terpaksa bersabar minta cepat baik. dah la esok aku de dinner opis.. hurmmmm... kalau tak, mest la tak happy pergi majlis dengan muka bermasalah kn??? hari ni aku happy sebab hari ni last aku pegi latihan tarian.. pagi-pagi pegi keje, lepas keje tu plak de latihan tarian kadang smpai pkul 8 mlm. sebab tu la balik dari keje je, aku terus mandi, makan and baring sambil tengok tv. lagi syok ! ..
Haaa part interview steward pun 1 hal. sabtu lepas, macam biasa aku pergi teman dia interview untuk jawatan steward MAS kt MAS Academy kelana jaya. nasib baik dekat dgn rumah aku tuh. then, masa aku smpai tu, suasana dia lagi dasyat dari fire fly tu !! masa temankn dia yg fire fly candidate cuma 215 org... tapiiiiiii yang MAS ni, over than 700 yang pegi interview?? mak aih ! ramai jgk yang nk jadi steward ni???????
huhuhu tapi interview untuk cabin crew MAS ni agak susah dari fire fly and air asia. Fire fly dia lepas semua stage and tinggal untuk di panggil sahaja.. then, pagi-pagi buta tu, pkul 9 pagi we all da gerak pegi sana.. smpai dalam jam 10 sbb nk iron bj dia la, nk kepilkn sijil la, nk prepare apa patut laa.. then, smpai je lebih kurang dekat jam 10 orang da ramai. s0 ms register tu, dia dapat no 477 ???? huhuhu that time orang yang lepas interview baru yang ke 200?? sabo je laaaaaaaaaaaaa !...
aku pikir interview nye sekjap la sbb da datang awl pg. rupanya sistem interview dia ada 3 stage. meaning lepas stage 1 baru boleh ke stage 2 and seterusnya.. ms tiba part dia tu, dah pkul 1 ptg. stage pertama , dia ckp .. msuk sekali 5 orang and 5 sekali akan di temuduga. then lepas habis sesi tu, barulah akan pilih sape yang akan ke stage seterusnya... s0 stage tu dia lepas bila penemuduga pilih 2 dari 5 orang.
haha aku pulak yg cuak kt luar. stage 2 plak grooming. dia cek pakaian, cara catwalk, cara duduk, kuku, parut, tinggi, berat, and semualah. ish kira nk yang perfect la ni.... adoi - adoi.. cm tu sekali kn?? hurmmm s0 dia mesej aku dia lepas stage 2. mcm tadi jgk ada yang tak lepas jgk stage 2 tu balik la.. dia lepas stage 2 and naik stage 3.
stage 3 just berborak and kasi pendapat if penemuduga bg case atau situasi. heheheh then, lepas tu barulah dia akan panggil balik yang berjaya.. susah jgk kn??? tp aku rasa yg terpilih smpai stage 3 tu pun ada la kot 100 orang je dari 700 ????? huhuhuhu tak apalah, kalau ada rezeki, adalah. tak kemana pun. cuma berdoa banyak-banyak...
so waiting jawapan from fire fly and MAS. mana-mana pun sm je. apa yang terbaik buat solat istikarah.
Sunday, July 17, 2011
Aku buat semuanya demi ayah ...
Lately aku selalu je touching. semua perkara akan buat aku touching, marah and cpat melenting. aku rasa tak sedap hati and... entahlah. aku sendiri tak tahu kenapa. Tapi macam rasa nk SINGLE lagi better. aku tak suka perasaan mcm ni. bukan tak sayang.. tapi aku rasa diri masih tak perfect utk jadi seorang kekasih kepada seseorang. aku dah pun luahkn apa aku rasa pada dia, tapi dia buat endah tak endah. .
hurmmmm mmg aku sengaja biarkan dia apply jawatan pramugara tu. korang sume igt aku nk ke dia jadi pramugara? igt aku sanggup ke? SUMPAH aku tak sanggup biarkan dia jadi pramugara. sape yang kasi? tapi, bagi aku... biarlah dia ada kehidupan baru. biarlah dia cari perempuan lain . biarlah dia tinggalkn aku. aku dah tak nk kehidupan sekarang.. aku tak happy, tapi aku sayangkn dia sepenuh hati aku... cuma aku tak brsedia untuk bercinta lagi. ataupun? aku tak nk ada komitmen lagi? ermmm ataupun ayah aku tak suka kn dia? entah.. kata ayah, dia mcm playb0y. ayah ckp dia handsome sgt and risau dia main-mainkn aku??? entah... aku da minta break beberapa kali pun. aku ikut cakap ayah, tapi smpai sekarang aku masih tak dapat nk selesaikn masalah ni. aku tak nak derhaka kepada ayah. aku rela korbankan perasaan aku ni. hari-hari aku menangis n pikir cmne nk settle kn mslh ni..
Lately aku banyak sakitkan hati dia. aku cepat melenting. memang aku sengaja buat perangai utk dia benci aku. tapi dia sabar.. cuma sejak akhir-akhir ni dia demam. memang mood dia tak elok. tiap hari aku menangis sebabkan terasa hati dgn sikap dia.. tapi aku sedih, sedih sbb aku memang nk dia benci dan marah-marah aku. aku buat semuanya kerana ayah. demi sayang aku kepada ayah. tak mungkin aku pilih lelaki yang aku baru kenal setahun. keluarga tetap keutamaan aku.
aku de terbaca balik mesej dia jumaat lepas. dia cakap dia nk dgn aku smpai bila-bila.. tapi aku tak balas pun. entah lah. aku dah takut nk kasi harapan. aku tahu ayah tak terima dia.. maafkan saya awk... saya pun tak tahu smpai bila hubungan ni akan bertahan?? tapi yang aku pasti, kita mmang tak leh bersama.. huhu akhirnya terluah juga kt blog ni. padahal aku sendiri tak tahu cmne nk cerita.. :(
walaupun sedih tapi kene tetap senyum..
Saturday, July 16, 2011
review (FLAT 13A) serammmmm !
Ni lagi 1 movie yang aku tengok khamis lepas. pendek kata mmg setiap khamis keje aku menengok wayang je laaa keje nye. yang jadi mangsa dia lah. cian dia terpaksa berhabis wang and masa semata nk jaga hati aku. eh ! mestilah kene jaga kn? hehe..
s0 aku paksa dia tgk cite ni wlwpun aku tahu dia tu takut. takut bukan apa sbb dia duduk sorang. seram gk la kn? rumah aku ramai org, s0 tak adalah terasa sangat nk takut-takut tu. takat nk pegi bilik ari kol 3 pagi tak de hal lagi lah.. hehe.. ermmm s0 cite flat 3A ni bagi aku? oke la dari cerita hantu yang lain. watak dia pun oke. jalan cite pn ok and tak la berterabur sangat. actually aku kasi cite ni 7/10 la oke? oke la tuh. kira banyak laa..
permulaan cerita? alaa semua permulaan cerita mestilah happy kn? macam happy. gelak ketawa. pelakon utama dia mestilah intan ladiana n tah sape nama pelakon laki baru tuh. aku tak hengat tp dia belakon dalam cite syurga cinta yang jadi bekas kekasih cikgu syuhada. hehe.. ermmm kiranya dorang pasangan kekasih la. bukan kekasih je dah macam laki bini. s0 si intan ni mengandung.. bila dia bgtahu bf dia, bf dia tiba mengamuk n mtk gugur? wtf punya laki la kan??? ko da sedap buat, lepas tu mtk gugur mcm la nk gugurkan apa kn ? pk tak sakit ke hoi!!
then sbb da kene pukul sume. si intan terpaksa la gugurkan. dia telan pil je. masa tu la kuar sume isi dia. ish ! paling tak leh blah da de bentuk baby kot. yela da 4 bulan kn? cmne la??? then lepas kes tu la macam-macam benda pelik jadi. dia dgr cm ada budak nangis la apa la.. ermm tu la hukum karma terpaksa di tanggung. s0 si intan ni ada kawan baik. perempuan. dia tinggal berdua dgn kawan dia. s0 utk elak dari benda buruk berlaku, intan n kawan dia pindah keluar dari rumah tu. kawan baik dia yang dah carikan rumah.
s0 dorang pindah ke rumah yang di namakan flat 3A tu laaa.. ermm igtkn sume benda da ok. rupanya dari stulah brlaku mcm2 benda tak elok lagi. kisah ni sebenarnya kisah hantu budak bernama fatin. budak ni la yang menghantui flat tersebut. mak budak tu hari-hari tunggu ank dia balik padahal ank dia da mati. s0 jangan lah lengahkn masa. tengok la kenapa budak tu mati. semua kisah ni ada kene mengena dengan bf intan ladiana dalam cite ni.
kesimpulannya :
bagi aku movie ni nk bagi mesej jangan la buat benda tak senonoh . elakkan la gejala sosial and bila da mengandung tu barulah nk gugur kn. s0 actually ramai perempuan yang menggugurkan kandugan mereka ni mostly jiwe dia tak aman pn sbb knonnya roh ank dia yg da mati tu sentiasa kacau. allahualam. aku pun tak tahu. so cite seram kali ni berbaloi gk la aku tengok dari sebelum-sebelum ni.
Pramugara 1
fuuh !! penatnyeeee... ini lah pengalaman pertama aku temankn org pergi interview for cabin crew. hehehee.. actually kitorang nk gerak pukul 6.30 pg ke MElaka. tup tup aku sedar je jam da pukul 7.00 pagi? aiyak !! pe lagi cepat-cepatlah aku mandi . hehe.. then pkul 8.15 pagi td ktorang drive ke HOLIDAY INN MELAKA. sampai je kt sn dalam pukul 9.40 pagi.
Masa smpai tuh, ramai nyeee org da smpai. Aku macam culture shock ! korang tahu kenapa? mak ai, candidate yang nk pegi interview tu sume cantik-cantik and handsome-handsome tw. yang perempuan memang meletup la. tapi aku tak kan nk pegi interview skali. tinggi xckup ++ xla cantik sgt kn? ++ lagi tu bukan impian aku. hehe..lagipun sume pakai skirt.
lepas dia daftar and hantar resume bagai, s0 nombor giliran kami adalah 125 !!! omg ! masa tu nombor giliran adalah 47? huhuhu jam pukul 10.30 pagi? haish bila agknya bole habis ??? hehehe... ermm tak pe la.. sabar kn separuh dari iman? s0 tak salah pun tunggu. masa tunggu tu s0 we all berkenalan dgn candidate lain. kebetulan sebelah tu dia datang berdua + sorang kawan dia yang teman. borak-borak biasa, rupanya kawan dia yang pakai biasa tu temankn je. dia bekas steward. s0 dia kasi la tips-tips camne nk lulus temuduga.
jumlah candidate hari tu sumenya 215 orang. kira ok la tuh. tak bape ramai banding 700 ke, 500 ke kan?? ermmm tunggu punya tunggu. last-last orang tu kata nombor 125 keatas sila lunch dlu. datang balik jam 2.00 petang. alamak ! terpaksa bertapak lagi. time tu dah pkul 12.00 tengahari.. huhuhu.. lepas makan tu, cepat-cepat balik ke hotel. tunggu balik. rupanya kawan baru kitorang tu nombor nye lebih kurang. yang perempuan nombor 121, lelaki 126.
s0 masa staff fire fly tu panggil nombor 121, 122,123,124, 125 aku plak yang berdebar sb nombor dia nombor 125. s0 dia masuk tu aku borak dgn bekas steward tu. tak smpai 15 minit, dorang keluar dari jauh aku dah nmpk dia senyum lebar. rupanya kawan baru ktorang yang perempuan 121 tu dapat. dia pun dapat. hehe.. then dorang pegi test IQ. lagi 2 weeks baru dorang panggil. kira ok la tu stage 1 berjaya. ramai yang xberjaya stage 1. mostly maybe cm 70 la kot yang berjaya dari 200 lebih tu..
then kawan baru ktorang yang laki 126 tu pun dapat jgk. mestilah happy kn sbb tiga-tiga dapat. tapi ada plak candidate lain yang jeles? mest dorang pelik and igt ktorang kenal da lama. padahal baru je kenal, tp dapat.huhu s0 aku hope dia berjaya la jadi pramugara sb tu cita-cita dia kn? aku cuma menyokong. buangkn rasa -ve pda mereka sbb tak semua yang sosial..
sebenarnya bukan senang nk lulus temuduga ni. susah ! kalau nk tahu apa yang diperlukan semasa temuduga tu, kene la rajin-rajin bertanya pada sesape yang ada mmber steward or stewardess tu lagi bagus. hehe dorang mest ada pengalaman kn?
kawan-kawan doakan sekali yeee..
esok walk in interview air asia cabin crew plak :)
chaiyok !!
Sunday, July 10, 2011
B0yfriend berkerjaya pramugara?
haa ni bkn kisah sal awan dania pun.sj aku letak gmbr ni yg aku credit dari goggle. ala nk ambik environment cm suasana org keje kt awan gitu.. oke la kan. Ala topik aku pun bukannye susah sgt smpai nk kene fikir macam-macam. nk kene perah otak bagai. s0 ltak je la pic ni. hehehehe... s0 tak tahu la aku kene ke tidak dengan tajuk entri tuh.
Pramugari @ pramugara? hurmmmm kalau korang terima ke bf atau gf korang ni nk jadi crew cabin? macam aku, dia ada jgk minta kebenaran nk jadi. s0 dalam minggu depan aku akan temankn lah die walk-in interview. biarlah dia nk jadi pe pun. Orang cakap golongan dorang ni kaki sosial. baik perempuan atau lelaki sm je? BETUL KE ???? hurmmm memang lah perkara tu merisaukn. tapi nk buat camne? kalau itu dah minat dia? aku sokong jelah. yang selebihnya bab jodoh or rezeki berserah je pada ALLAH.
Nk halang-halang minat orang ni pun aku sape? bagi aku dia ada full pakej nk jadi pramugara. ermmmmm dah nama pun bekas PLAYBOY.. silap haribulan, dah jadi pramugara, aku pun dah tak kenal? tapi ada aku kesah? lantak lah ! yang pasti SOLAT jangan tinggal . aku tak kisah lah apa yang dia janjikan. cuma aku harap dia taklah buat kesilapan yang sama seperti dahulu. kalau dia dah ada kehidupan yang baik pun dah ckup bagi aku..
So kalau korang, terima ke kalau pasangan korang menceburi bidang cmni? kita sedia maklumlah, pertama kalau dah keje cmni mmg dia akan sentiasa bz. kalau dah terpilih untuk crew ke luar negara, mahu 2 minggu tak jmpa? kalau dia ada ms pun tak delah byk sgt. hurmmmm kedua? sah-sahlah pramugari kat sana semua cun melecun. dia pandang ke lagi kt aku? hahahah aku sedar lah aku siapa. hurmmm silap-silap dia bertemu jodoh terus dengan orang-orang kt sn. ketiga? Selalunya pekerjaan mreka ni cm orang pandang agak sosial? terima ke parents aku if tahu dia pramugara? memang lah sesetengah pramugara n pramugari ni taklah seburuk di ura-urakan. kadang-kadang bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga?? huuhuhu ...
Tapi ada kelebihannya jgk. kalau dia dapat jadi crew yang bawa penumpang ke luar negara? bolehlah aku pau handbag ke, perfume ke? hehehe ole-ole dari sn? tak sabar ! hehe apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk dia.. Lagi satu plak orang selalu pikir pekerjaan cm ni cm glamour n popular. hahah kalau orang tanya. bf ko npe slu tak nampak? dia keje apa? huhuhu steward. susah nk keluar date. bz ..
so sabtu depan 16 Julai 2011 aku temankn dia interview jadi crew cabin utk firefly and 23 julai 2011 plak crew cabin utk MAS ;) doa-doakan lah semoga dia dapat. amin !
Saturday, July 9, 2011
Apa yang aku pelajari tentang kehidupan...
hurmmmmmm...entahlah. kenapa aku tiba-tiba berfikir banyak hari ni. plus-plus dengan membebel tiap kali ada berita tentang demonstrasi Pehimpunan BERSIH ni. Dari apa yang ada dalam kotak pemikiran kau ni, kita semua kan dah dewasa s0 berfikirlah secara matang sebelum bertindak. Dah sah-sahlah perhimpunan tu hanyalah mmbuang masa, duit dan tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Bukan aku nk bakee up sape-sape, tapi sebagai rakyat MALAYSIA kita perlulah prihatin. Jangan sampai ada pihak lain mempergunakan kita yang melayu ni. tolonglah... jgn dipergunakan..
demonstrasi tu terlerai pun di sebabkan Anwar dah berjaya hantar memorandum tu. ermm bila di pikirkan. apa salahnya hantar je cara elok. tak perlu buat perhimpunan. Banyak pihak susah sebab perkara ni. jalan sesak. smpaikan aku nk balik keje smlm pun sesak. jem ! hurmmm.... entahlah, apa ada dalam fikiran mereka. Lainlah kalau Malaysia ni papa kedana ke, huru-hara mcm kt sesetengah negara lain. Tapi aku tengok negara kita ni dah tenteram, aman, macam-macam kelebihan kita ada. nk Universiti pun ada. shopping mall ada, masjid? pun ada.. jalan raya? kn okey sume.. taraf hidup pun okey. jadi renungkanlah sekejap. jangan ikutkan nafsu sgt. dan lebih penting jangan dipergunakan.
Itu sajalah... bebelan aku. Kita patut lebih bersyukur. Negara kita aman sangat. Bnyak kelebihan dan tersedia. entahlah, apa lagi yang tak cukup agaknya. janganlah tamak sngat. Aku sebagai rakyat Malaysia cuma inginkan yang terbaik. jangan terlalu ikutkan sangant perasaan tuh.
Hurmmmm selain dari kes BERSIH tu, banyak lagi yang aku pelajari. Kita sebenarnya patut bersyukur atas kehidupan yang kita dah ada skang. cuba renungkan negara yang bernasib malang. Selain dari tuh, kehidupan ni memang mencabar pun. aku pun ada terfikir. macam mana kalau kita tak pernah bahagia dengan apa kita lalui sekarang? tapi tak sampai hati nk lepaskan??? hurmmm.. abaikan.
tapi apa aku pelajari dari kehidupan ni, solat jangan tinggal. cubalah luangkn ms mmbaca al-quran.. dekatkan diri dengan agama.. jangan menyakiti hati orang and hormati orang tak kira lah siapa dia.. hurmmm okelah bye !
Subscribe to:
Posts (Atom)







