Sunday, June 12, 2011

Ah bkn mcm kisah novel !

tiba-tiba je bila kau di transfer ke satu kawasan baru, then bermakna ada kehidupan baru. segala-galanya baru. kawan-kawan, tempat keje, suasana rumah, dan bermacam-macam lagi. Bf? pn baru. al-maklumlah perpindahan pn boleh di katakan atas dasar utk melupakan si dia atau kisah lama.. then, di tempat baru, mula mencari kenalan-kenalan lama yang bekerja di kota yg sm. mana tahu boleh hilang bosan. 
tak sangka perpindahan ke sini juga membuat hidup kau lebih bermakna. mula rapat dengan kenalan lama berlainan jantina. pastilah akan bibitkan perasaan syg dan cinta. ala macam cite novel jgk. mestilah konon-konon pertemuan tak dijangka. jodoh pertemuan bagai kn? haha da agk da.. konon-konon macam kebetulan baru la jodoh kn ? s0 dalam kehidupan baru ni lah dunia ni mcm kau je yg punya. yang ada lah kn? 
semua rasa indah bila happy. tapi tak sangka bila kegembiraan tu cuma sementara. tekejut bila dapat tahu lelaki tu playboy .. ermmm itu pun lepas kantoi ada mesej perempuan lain . rupanya perempuan tu yg dia dah tak de hati. lelaki tu kata, memang dalam ramai-ramai perempuan hanya kau je yg dia syg and buat jatuh hati. yg lain-lain hanya suka and hati dia tak tetap. buktinya, dia dah bawa jmpa kau jmpa family dia and bincang utk merisik. argh ! semua tu cm cite novel.  tapi bila tanya mak dia, terbukti mmg tak pernah ada sorang pn perempuan dia bawa berjmpa family nun jauh di kelate . fuyooo ! ambik paling jauh la ....
then, lelaki tu plak skang sanggup tinggalkn semua kejahatan dia utk kebaikkan kini. boleh pecaya ke laki cm tu? buktinya, dia sanggup redah pkul 4 pg bila tak sedap hati fikir si perempuan ni sakit. yelah, perempuan tu pn cuma anta mesej sekeping ckp "sakit.." mana si laki tak resah. bila dah dtg tgk si perempuan tido lena tahan kesakitan, dia pn pulang sbb pikir si perempuan ada di luar atau sakit teruk. itu boleh bukti dia baik ke? hurmmm not easy !
then apa lagi? si perempuan merengek nk arnab, si lelaki yg playb0y nye dlu belikan. habis duit rm200 ! .. entah btol atau tak si lelaki betul-betul kene penangan cinta atau cuma helah?? argh ! cite novel je tuh.. tapi stiap mlm keluar mkn si lelaki sanggup bayarkan utk si perempuan. sepanjang tempoh 5bln kenal , memang 5 bln la si lelaki bayarkan makanan. belikan peralatan rumah cm biskut, vitagen, dsb... btol ke laki tu berubah ?? ish mcm tak pecaya lagi..

tapi kesetiaan terbukti lagi bila laki itu kantoi lagi dgn perempuan lain. si perempuan sedih. bala apa lg???  macam biasa, lelaki tu ckp dia tetap pilih si perempuan yang dah buat dia jatuh hati tuh. mengamuk la perempuan yang 1 lagi. setelah semua tergadai, wang riggit. masa ??? lelaki tu cuma terdiam ms kant0i. itu pun lepas si perempuan pegi cari lelaki tu d rumah seseorang. rumah seorang perempuan ...
segala mula terbongkar pasal lelaki tu. bila kene buat pilihan. lelaki tu ttp pilih si perempuan yang dia dah bawa balik jmpa keluarga dia... btol ke istilah playb0y ni " cuma sygkn seorang, wlw dia ada ramai gf lain?" wtf !! 
argh !!! makin agresif bila si permpuan tu maafkan lelaki itu. tapi tak lama kemudian kantoi lg bila muncul seorang gadis yang mengaku ex gf lelaki itu 2 tahun lpas. gadis itu mengugut dan mengancm nyawa lelaki itu dan perempuan yang ada besama dia.. satu-satu mesej di hantar gadis itu dengan penuh marah.. hati perempuan itu makin tercalar.. 
antara mesej yg d terima : 
" Z, aku nk ko mampos !"
"aku nk ko balik dgn aku. ko tak paham ke? aku nk kita tebos dosa dlu"
"lelaki biadap ! kuang ajar " Bila semua mesej2 dia tak d bls z.
"Ko tggu apa aku boleh buat. aku akan bunuh awek ko sbb dia penghalang aku nk hidup dgn ko. tuggu cyg."
"Ko igt ko akan terlepas. selepas ko calarkan maruah aku. aku berdendam dgn ko z !"
"aku akan btobat lepas aku selesai bls dendam pada ko"
"klau aku tak dpt ko, sape-sape tk akan dapat ko. aku tak kisah wlw aku ke tali gantong sekalipun."
" aku nk bunoh ko z !"
Masya ALLAH ! bala apakah ?? si perempuan btol2 tekejut. bila di selidiki. gadis itu berdendam dengan lelaki itu kerana dia pernah tinggalkan perempuan itu. mereka smpt couple 2 thn namun dlm ms yg sm pernah menggugurkan anak 2 kali ???? arghh  !!! si perempuan tak tahu apa harus di lakukan.. 
lelaki tu cuma berkata kisah lama yg dia sendiri tak pernah ulang lagi skang ? begitu senang?? si perempuan tetap juga msih syg kn lelaki.. wlw hati marah.. bengang ! tahu kenapa ? bila dapat tahu dirinya diberi minyak pengasih? tak mahu tuduh. tapi minyak tersebut terlalu pelik. telah di ambil gambar dan tunjuk kepada ustaz. memang sah gayanya mcm botol minyak pengasih. subhanallah ! patutlah si perempuan tidak dpt lupakan si lelaki.. rupanya ... 
tapi tujuan lelaki itu kerana dia memang sygkn si perempuan itu. dalam hatinya memang perempuan itu saja di syg. dia cuba utk memenuhi segala keinginan perempuan itu. apa sj perempuan itu mintak dia cuba carikan duit and belikn.. tapi kenapa dia sanggup kejam pada wanita-wanita lain?? dia juga perempuan and wanita??
si perempuan buntu..
eh da byk je mengarut??? btol ke? boleh buat novel ke??
ermmm apa anda rasa jika perkara ini berlaku btol-btol ??? 
 apa tindakan anda?

Review KL Gengster


Seri0usly cerita ni sangat best and memuaskan hati... tak membosankan.. aku tgk sbtu lepas punyala ramai org beratur ! Dalam cinema tu aku dok concentrate tgk cite ni. sampai nk pegi toilet pn rasa sayang.. hehehe.. Dah la di tambah dengan pelakon-pelakonnya yang ensem ! i loike !.... lagi-lagi aaron aziz ada.. paling aku tak boleh tak tengok, pelakon kegemaran aku ADI PUTRA pn ada.. fuh ! gua minat gler sama dia woo0oo... tak tgk cite samsons & Delaila dlu ? Ensem kan beliau .. eheheee...
Okeh ! stop cite pasal lain. Skang ni aku nk review cikit cite ni. Mostly cite ni memang la agak ganas. tapi kita nk tunjukkan kat umum apa dah berlaku skang je. Memamng tak nafikan semua ni wujud, tp seganas itu kah mereka? taklah dapat di buktikan.. Cuma bab kuang ajo dengan org tua tu . Memang ada segelintir anak muda skang kuang ajo dgn org tua. dalam cite tuh, siap bole sepak kot pakcik tu sb anta air lambat ? ko sape nk marah2? even menteri or org-org besar pn tak pnh bising cmtu..
Lagi cite ni tak adalah part perempuan sgt. cuma tunjuk part adik c Aaron aziz. sheera tu je yang dah rosak. lain-lain tak ada lah sgt scene perempuan kn ? tapi paling aku suka part Aaron aziz berlawan.. fulammak !!! tabik la. aku tiba je rasa nk ada boypriend cmtu . yang gagah ensem & dapat protect aku dr apa-apa je... caya lah ! 
tapi kelemahan cite ni sb aku menyampah dgn anak yusof haslam. nape dia ckp pelat cina plak dalam cite ni? nk kata muka cm cina? aku tgk cm melayu btol ada lah.. adoh ! itu jela kot. sbb maybe dia nk berlakon sm dlm cite dia ni, kita bagi jela dia peluang nk interframe jgks. kesian.... 
 
s0, aku dengar de desas desus mengatakan PEKIDA nk saman FARID KAMIL n SHAMSUL pasal dedah indetiti mereka ?huhuhu tp memang pn.. aku pn cm tahu sikit-sikit cmtuh lah. apa-apa pun dorang ni tak kacau org lau org tak kacau depa ...
antara scene menarik bagi aku :
part ni zizan ngah meroyan kete dia d bakar gengster2 SHARK (shamsul)

part aaron aziz and adi putra berlawan. actually dlm cite ni dorang beradik-beradik. cuma adi putra (adik) agak nakal n hati gelap cikit. biasalah anak muda bermasalah. tp tetap ensem !

Part aaron aziz melompt nk tendang adik dia.. part ni mantap beb ! cm real je. hebat..

wah aku suka gaya jalan adi putra. ensem ! macho ! dia pn kuat dalam cite ni.



Oh lupa.. aku kasi cerita ni.. 4.5/5 

=)

Friday, June 10, 2011

haish... pagi2 kene hantar kereta servis kt per0dua..

Seri0usly Hari ni kene bangun awal even weekend.. Adoh ! kene hantar kereta aku pergi servis daa.. actually dah hampir 7 bln aku tak hantar kereta servis .. huhu kesian dia.. s0 lepas ni aku hantar kereta aku ke per0dua.. Ni kali ke empat aku hantar kereta servis. terpaksalah prepare duit RM500.. huhuhu .. 
Nk pakai kereta sangat kan ? haa kene la pandai-pandai jaga and hantar servis.. tak kanlah nk pakai cmtu je kan?? s0 nk pakai kereta ni bukanlah mudah pn. Ikutkan naik LRT pn boleh pergi pejabat. Tapi, sometimes kita pn perlukan kereta. Org lain fikir kita yang pakai kereta ni best lah. Boleh pergi mana-mana... boleh bergaya.. Tapi bila di fikir-fikir, nak beli kereta tu kenelah fikirkan banyak faktor. Mana nak fikir minyak kereta, road tax tiap tahun, servis and maintenance, bayar bulanan kereta tu .... kene cuci plak setiap minggu. Jaga kebersihan kereta dalam dan luar... Bila keluar shopping tu, mulalah kunci, and pasang lock yang paling tak boleh dicuri. macam-macamlah ragam org yang dah berkereta. 
Macam aku, dalam kereta aku ni dah macam rumah kedua. Eh ! maksud aku... segala jenis kasut, aku parkir dlm kereta je.. Baju keje yang dah berir0n aku gantung .itu pn lepas ambik dari dobi.. oh ! da lewat ni.. date dengan perodua jam 10.15 a.m.. 
s0, OUT to Perodua ... daaa =)

ni la kereta kesayangan aku... hehe

Argh !! i LOVE my car...

apa perasaan yg muncul, bila tahu ex bf @ lelaki yang pernah kita rapat nk berkahwin ?? tehehehe ...

Seri0usly musim cuti sekolah ni memang ramai org kahwin. dah memang macam tradisi je tiap kali cuti sekolah, mesti bersusun kad jemputan kahwin aku terima. ada yang pos, yang email, call and macam-macam. s0 aku terima dengan hati terbuka, dan wish semoga kekal hingga tua okeh ! .. hehe skang ni memang musim member-member aku kahwin. s0 apa lagi, memang ada je la kawan-kawan yang akan call. baik lelaki mahupun perempuan. cuma aku je tak sempat nk datang. ada yang kt perak, pahang, jb. entah ! kekangan masa jadi masalah sekarang.  memang skang rmai kawan-kawan aku dah mendirikan rumah tangga.  aku? aku je ta pasti bila.. entahlah ! ada jodoh adalah kan ? aku pun tak berapa suka cakap pasal perkahwinan or isu ni. Bagi aku ada jodoh, ada lah.. Sabar jela. 
Nak di jadikan cerita lah kan. ecece ! ermm aku agak terkejut la suatu hari tu aku dapat calling from some 1 yang menjemput aku ke majlis perkahwinan dia? Then dia bg kad jemputan pn melalui FB trend zaman skang kn? s0 wlwpun agak terkejut aku buat-buat lah selamba . tak nak lah d katakan melepas or whatever !! argghh !! tp biarlah kan. Cuma tipulah kalau aku ckp yang sikitpun aku tak de rasa apa-apa. Gembira tu adalah. yelah, tengok org nk berkahwin. Umo pn da nk 30 an kn? s0 bagus lah tu.. 
Balik pada cerita tadi, aku memanglah agak terasa sikit dengan berita perkahwinan dia. al-maklumlah, sebelum ni aku sangat rapat dengan mamat ni. ermmmm entahlah. hehehehe tak apa, dia bukan teman lelaki aku pun. aku pn doakan dia bahagia smpai ke akhir hayat. Cuma agak ralat kenapa perkara macam ni aku lambat tahu.s0 sekarang ni dia dah pun selamat di ijabkabulkan dengan pasangan dia 4hb jun lepas. Pagi tadi aku tengok gambar kahwin dia kt fb, so itu yang keluar entri hari ni . hehehe... baguslah jgk. at least penyumbang kepada idea aku untuk post kan entri. 
well, memang lah perkenalan aku dengan mamat ni agak sweet. tapi let him go. Tak kisahlah. cuma aku saja nk cerita balik cmner mula-mula kenal dia. Memang dia ni agak EGO dan poyo dari mata kasar aku. Agak apa org kata..... ermmmm perasan bagus kot. Gitu la kot. Actually dia ni client aku. Aku plak time tu consultant utk jabatan dia. satu hari, Datuk bandar jabatan dia ni mtk aku temankan semua staf berkursus di Johor Bahru selama 4 hari 3 malam. aku on je  ! dapat gk aku bercuti kan ?? tehehehe... 
s0 sepanjang kursus di Pan pacifik hotel tu, aku kene la consult 98 pekerja jabatan tu yang hadir. mak ai ramai kan ??? ehehehe antara ramai2 tuh semua baik n ramah nan aku. semuanya layan aku baik, kecuali ada sorang mamat ni.. Ya ALLAH !! dia punya poyo n berlagak biar lah aku n tuhan je tahu... sgtlah berlagak ! igt aku heran kot. WTF !! hehehehe sepanjang 4 hari tu, aku ada gk cuba senyum kt dia. tapi dia buat bodoh ! memanglah tak di nafikan dalam ramai-ramai peserta tuh, dia paling hensem ! bujang wlwpun umo 28 ! jawatan tinggi . pengarah projek ??? ok what !s0 ckup la pakej nk smbong kn? konon jual mahal..... ada aku kesah??? 
since dia cmtu, aku mmg tak nak tegur dia dah. kerek nak mampos ! biar ... aku buat keje aku s0 what? , n tak pikir pasal dia.. untuk apa? haha tak de makna. tapi apa yang amazing nye, masuk hari terakhir we all kt JB tu lah , tup2 aku dah nak blah pergi airport, mamat poyo ni datang kt aku minta no hp ??? aha.. jadi lu pikir la sendiri nape dia cmtu ??? 
s0 after that we all memang close n boleh di ktakan setiap malam keluar bersama mkn je oke ! then smpailah aku dah pindah KL now, tup2 aku dgr dia dah nk kahwin ?? tak ke tekejot beruk ? ehehe... pikir lah sendiri .... aku pun dah malas nak tanya dia apa dah jadi. eheheheh...

Wednesday, June 8, 2011

Kenapa boleh wujud penyakit Psiko ?

Nak smbung ke kisah aku yang seterusnya tuh? ish macam bahaye je kan ? slagi kes tak selesai, aku ta nak lah bercerita or komen lebih lanjut. Rasa cm tak kene tempat. buatnya dia pun baca blog aku ni tak ke niaya ?? bukan susah pn nk cari blog ni. taip je apa-apa yg ada kene mengena tentang diri kita dah keluar kan ??? 
kes memang makin rumit n berbahaya. Aku tak pasti kenapa Z ta nak lagi buat repot polis tuh .Katanya tunggu dlu. Tah la.. keadaan dah makin bahaya.. itu je aku boleh cakap. Aku nk Z buat laporan polis . at least laporan untuk covering je ke kan ?Arhgg !! tension la.. macam-macam nak kene fikir smpai aku sendiri tak pasti adakah aku patut ikut campur dalam permasalahan ini. Sedangkn memang aku tak terlibat pun. Oke aku decide after semua da selesai baru aku akan cerita lah.. buat masa ni macam berbahaya ... 
Sekarang ni, aku cuma nk Z dapatkan balik dua dua kereta dia  tuh je.. then semua kembali kepada asal and selamat. tak nak la dendam jiwe kesumat bagai ni.. Bosan !! 
kesimpulannya : 
macam mana penyakit psiko boleh wujud? @ Kenapa seseorang boleh dapat penyakit tuh???huuuuuuuuuu pening nk menjawab. tapi bagi aku seseorang maybe la ada penyakit psiko tu d sebabkan oleh faktor tekanan. maybe dia penah kena tamparan hebat sebelum ni kan ?? Perempuan ni pn seorang janda anak 2. tapi aku tak nafi dia still cantik. Ermmmm tah lah ! maybe dia sayang sgt kt Z tu kot. smpai tak boleh nk terima kenyataan..

Tuesday, June 7, 2011

Ish memang perempuan gile @ Psiko??

Actually, entri ni aku patut post dua hari lepas lagi. Kira nya da banyak ketinggalan n nak basi dah apa yang aku nk cerita . Tapi tak apa la, at least cerita ni bersiri-siri lah jugak. aku sendiri tak pasti cmne kesudahan cerita ni nanti. Tapi lately banyak kisah-kisah pelik yang terjadi kat aku ni. Boleh blur dibuatnya. 
Oke ! sebenarnya, masa ahad bf aku ni mintak clash dengan ex gf dia untuk kali yng ke berapa ratus pn aku xpastilah. memang sebelum ni pn dia da mintak clash. sebab perempuan ni sangat lah psiko ! aku sendiri takut . tapi perempuan ni ta nak lepaskan bf aku. s0 memang sepanjang aku couple dgn bf aku ni, perempuan psiko ta pernah tahu kewujudan aku ni. Bf aku si Z (bukan nama sebenar) ;p ni mmg tak nak appear kn aku depan perempuan tu. Sebab bahaya katanya. Whatever !! .. 
Z terpaksa pergi umh dia sb dia ugut nk bunuh diri lepas Z mintak break lagi. Z terpaksalah pergi untuk elak benda buruk berlaku. s0 jam 1 ptg tuh Z dah pergi sana atas izin aku la wlwpun aku dah membebel sejam sebelum tu. Sape ta marah kn bf sendiri nak pergi jmpa perempuan lain. Then Z janji nan aku nak balik around 2.30 ptg. Dia cuma nk tgk apa yg berlaku. memang kali ni Z nekad gler nk break. Perempuan tu memang la agak berusia umurnya dari Z. Maybe umor dia 40 kot. tp serius cakap muka n style perempuan tu ta macam umo 40 an. tp macam 30 an cmtu la.. still muda ! vouge oke !! hehe.. tp s0rry i sikit tak rasa tercabar ye !.. 
Sepanjang Z pergi umah dia, aku apa lagi. tido je la.. ari minggu kan hari untuk rest. kan kan kan ??? s0 sedar-sedar time tuh jam da pkul 3.00 ptg. Aku call Z tp xjawab. Mesej ta balas.. Haish ! sape ta angin ni Bhai !!!!! menyirap gler darah aku kot. Aku memang tak sedap hati dah. duduk tak kene. berdiri ta kene. apa nak buat ek?? Aku pikir2.. then aku terignat aku penah curi alamat rumah perempuan tua tuh kat Z. ermmm lepas siap-siap tuh, aku terus capai GARMING aku then ikut je lah hala tuju dari alamat tuh. 
Masa aku smpai kt apartment perempuan tu duduk. aku dah nampak kereta Vios Z. s0 betullah ni rumah perempuan tu. ! dalam fikiran aku cuma fikir +ve ! aku memang bengkak gler nan Z. Aku pikir dia d0k sbuk melayan ex dia smpai lupakan aku kn?? aku memang nk je serang dorang. Alamat da jmpa. Aku naik la tingkat 5 then dada aku memang berdebar nampak kasut Z luar rumah perempuan tu. 
Aku dengan selambanya ketuk je pintu n cari Z. Menggelabah muka Z. Tapi time aku datang tu, aku tgk dorang tgh bergaduh. Perempuan tu dah muka sememek nangis bagai ! Korang tahu? rupanya perempuan tu kunci Z dalam rumah dia n sorok kunci rumah. Dia tak kasi Z keluar ke mana-mana. Tapi bergelut punya bergelut, akhirnya dapat gak kunci rumah . Ingatkan drama da habis smpai stu kn? THen ktorang turun kt bawah sbb perempuan tu cakap dia nk amik barang dia kt dalam kereta vi0s Z. Ktorang follow je ... tapi smpai kt bawah tu dia meroyan nangis bagai. Melalak sambil menggelupur . Dia cakap tak nak lepaskan Z. 
Aku sendiri tak sanggup nk tengok situasi tu. Perempuan tu sangat agresif smpai dia baling kunci mangga pada Z. Nasib Z tahan dengan tangan. tapi berdarah jgk lah !!! perempuan tu plak memang macam benci giler dengan aku. DIa tak dapat terima kenyataan kewujudan aku. Tindakan perempuan tu aku rasa memang sangat memalukan kaum perempuan. menangis, menggelupur. Ermmm aku pun tak pasti kenapa lah Z boleh kenal perempuan macam tu. Beza umur tu jauh  . Z baru 26 tahun. Dalam hal ni aku banyak diam je. 
Then perempuan tu tiba-tiba boleh plak call kawan-kawan dia konon nan belasah Z. dia tetap xpuas hati dengan Z. Setiap tempat or daerah ni mostly ada org jaga right? ermmmm s0 perempuan ni dah guna khidmat sorang brother yang jaga area situ untuk settle masalah ni.. Yang kotrang tak puas hati . Perempuan tu amik kereta Z dua dua sebab sakit hati. sekarang ni. memang dia dah curi viva Z. Vios Z pn dia mtk brother tu simpankan sebab sakit hati. WTH ??? ermmmm  
after dah settle tuh . then perempuan tu macam waras sikitla. then dia panggil Z kejap. lepas 2 minit, Z pun masuk kereta aku tuk balik. Nk balik dengan kereta dia kn dah kene amik dgn perempuan tu??? ermmmm macam2 hal lah ! cuma permpuan tu sempat menjerit cakap." aku tak akan lepaskan kau Z ! kau tahu kan, mati je dapat pisahkan kita ! aku sayang kau ! tapi aku akan pastikan aku dapat kau Z !!" then lepas tu dia ludah kt Z ??? haish.. geli si0t !!.. 
ermmmm psiko tak ??? huhu ktorang terus je blah dari apartment dot dot dot tu  ! 

Wednesday, June 1, 2011

Lelaki nmpk lebih macho kalau dia IKHLAS tinggalkan semua kejahatan dulu untuk semua kebaikkan di samping wanita yang dia sayang sepenuh hati? betol ke?

Seri0usly lelaki nampak lebih mach0 kalau dia ikhlas and jujur tinggalkan semua kejahatan dia dulu, untuk semua kebaikkan kini, bila d samping wanita yang di sayanginya sepenuh hati.Betul tak? betul tak ? heee bagi aku it is sweet. Walaupun jarang-jarang kita akan bertemu lelaki mcm ni, dan jarang dapat kenal lelaki mcm ni? tapi aku tak berharap pun bertemu lelaki spesis ni.. Dah macam cite nora eleena lah plak watak si Seth Tan tuh !.. 
Tapi watak Seth Tan dalam siri Nora Eleena tuh, Seth bukanlah jahat mana pun. Tapi jahat jugaklah kalau dah dia sebenarnya yg merogol Nora dlu right? Then, si Seth ni asalnya tak pernah solat. Bukan tak solat je, malah tak tahu solat. Tapi lepas kenal Nora, dia dah mula nk berjinak solat slow-slow. kira oke la tuh. Nak laju-laju melampau lah kn? at least kita terima je apa perubahan seseorang itu asalkan yang kearah kebaikkan. Lagi, si Seth ni dlu kaki botol (minum arak) . So lepas kahwin, dia dah tak sentuh air haram tuh. Lagi yang aku nampak memang banyak perubahan si seth ni dari jahat ke baik. Kira sweet la tuh kan ?? 

Hurmmmm ..... (Sedang befikir)
tapi, ada ke lelaki mcm tuh sekarang ? sanggup jujur tinggalkan semua kejahatan utk semua kebaikkan sekarang ? Aku sejujurnya tak mahu pun kenal lelaki yang mcm ni. Mungkin jiwe akan sakit. Sakit sebab terkenangkan kisah silam dia ? Tapi cinta tu buta . susah nak lepaskan bila dah sayang seseorang. Aku tak cakaplah kisah aku ni sejibik Nora Eleena , tapi apa aku dapat ceritakan, memang sweet bila dia nak brubah ke arah kebaikkan. tinggalkan semua kejahatan lampau. 
Tapi masalahnya, mampukah aku terima dan bertahan ? Apa perasaan korang kalau mengenali seseorang yang begitu jahat dan kejam terhadap wanita lain dlu, dan sanggup berubah kerana dia betul-betul jatuh cinta dengan korang sekarang? Macamana korang yakin dia btul-betul jatuh cinta ? entah-entah saja kot. " playb0y kan pandai mengayat ! Ish, kalau dia boleh buat dlu, tak mustahil dia akan balik perangai lama dia .. Ah ! kau ni macam tak de jantan lain dalam dunia ni. Dah tau dia playb0y dlu, makin nak main api. Ish, kau tak takut ke? kau muda, carilah yang lain. " itulah ayat-ayat sering kita dengar. kata-kata yang membakar aku supaya membenci dia.. eheee.. 
Nak kata dia berubah sebab kenal aku? macam perasan lebih plaks. aku sedar, aku sape. bukan penting sgt. tapi dia dah banyak berubah.. dlu dia tak solat. sekarang, setiap solat dia cuba penuhi. Paling tak tahan, pernah nk solat asar, sikit lg nk magrib. ada masjid besar depan sunway piramid. Dia tak jadi and cari surau petronas. Katanya malu org tgk dia solat lewat sorang-sorang. Lagi perangai dia aku suka, aku pernah demam teruk. Selalu dia akan call stiap 12 mlm wish gudnite. ada sekali th aku xreply sbb demam. dia call 60x pn aku xjawab sb sakit pale and silent. last-last kol 3.45 pagi dia muncul depan rumah semata nak tengok aku oke atau tidak.. 
Lagi yang buat aku lupa dia bekas playb0y . dia yang beria skang nk percepatkan pertunangan kami. Setiap weekend survey cincin.. AKu tak lah excited sgt pasai aku still takut nk terima dia sepenuhnya. betulke dia dah berubah? Perasaan ni jadikan aku tak yakin adakah dia pasangan hidup aku.  Selain dari tu, dia dah bawa aku kenal dengan family dia. Memang dalam beratus teman wanita dia dlu, aku je dia bwa jmpa family. bila aku tanya dia jawab "sebelum ni dia tak yakin. kali ni dia dah betul-betul nekad and jatuh cinta" 
Adeh... aku plak? stil blur + cuba untuk terima perubahan dia. Takut plak terlebih percaya, makan diri. sanggup atau tidak aku ambik risiko ni, biarlah masa yang tentukan. Adakah aku berdosa sebab hipokrit pada diri sendiri? dalam hati masih ragu-ragu dengan keikhlasan dia?